SERAM – A TALE OF TWO SISTERS

5
(5)

Mengisahkan tentang dua adik beradik perempuan yang disiksa oleh ibu tiri mereka

Cerita ini bermula dengan babak di sebuah rumah sakit jiwa. Seorang doktor menunjukkan sekeping gambar keluarga kepada seorang gadis (Soo Mi) dan bertanya: “Adakah anda tahu siapa mereka? Adakah anda akan bercakap tentang apa yang berlaku pada hari itu?” Namun Soo Mi tidak menjawab.

 

Kemudian kita akan di sajikan dengan babak-babak “flash back” semula kejadian ngeri yang menimpa Soo Mi dan Soo Yeon yang merupakan dua beradik perempuan yang terpaksa hidup bersama mak tiri mereka.

Mak tiri mereka merupakan seorang wanita yang kejam dan penuh dengan emosi amarahnya dan ini menyebabkan adik beradik perempuan ini sering menjadi mangsa penderaan mak tiri mereka. Namun keadaan semakin tegang dan kehidupan dua beradik ini diulit rasa misteri sehingga terjadinya pelbagai kejadian yang misteri dan aneh sejak berpindah ke rumah lama ayah mereka yang agak jauh dari kawasan kota.

Sejak tinggal di rumah lama ayah mereka itu, Soo Yeon sering kali didera oleh mak tiri mereka. Malah Soo Yeon juga pernah dikurung di dalam almari baju. Soo Mi yang mendapat tahu keadaan Soo Yeon cukup berang dan meminta Soo Yeon untuk tidak berdiam diri dan melawan semula ibu tirinya. Namun Soo Yeon seorang yang lemah lembut hanya mengendahkan sahaja kata-kata kakaknya itu dengan hati yang penuh duri dan duka. Sebenarnya jauh disudut hati Soo Yeon, dia ingin sekali Ibu kandungnya kembali.

Manakala Sang ayah pula yang mengetahui tentang perlakuan isteri barunya tu, tetap tidak mengendahkan perbuatannya seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi. Min sangat-sangat marah dan benci watak ayahnya di sini! Ayah jenis apakah ini? Dasar lelaki dayus tidak berguna!

Jadi, apa yang sebenarnya terjadi kepada Soo Mi dan Soo Yeon? Mengapa akhirnya hanya Soo Mi sahaja dibawa semula ke rumah sakit jiwa oleh ayahnya? Bagaimana pula dengan Soo Yeon dan mak tiri mereka?

 

Plot filem ini agak mengelirukan buat anda yang pertama kali menontonnya. Sedikit sahaja anda hilang fokus, anda pasti terpaksa ulang tonton semula kerana sepanjang filem ini anda akan diajak berteka-teki. Jadi anda perlu benar-benar fokus tanpa ada sebarang gangguan lain, kemudian barulah anda akan faham Plot Twist kisah disebalik cerita di dalam filem ini.Yang pasti ia sebuah kisah yang sangat suram, misteri dan menyayat hati terutama apabila kita turut menjiwai karakter-karakter dalam filem ini. Dan susunan penceritaan filem ini agak perlahan namu

 

 

n kerana konsep, plot serta latarbelakangnya yang sangat menarik dan unik dalam segi penyampaian kisah di dalam filem ini membuatkan ia menjadi salah satu filem seram Korea yang paling min suka! Bagaimana pula dengan anda?

Oh ya pasti ada yang tertanya-tanya adakah filem ini berdasarkan dari kisah sebenar?

Sebenarnya, ia berdasarkan dari kisah dongeng popular Korea “Janghwa Hongryeon Jeon” yang telah diadaptasi ke dalam versi filem pada tahun 1924, 1936, 1956, 1962, 1972, dan 2009. Menurut cerita rakyat Korea asal, nama adik-beradik itu ialah Janghwa dan Hongryeon (Bunga Mawar dan Teratai Merah) – Sumber Wikipedia

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI