Lee Min Ki Pernah Terpalit Kontroversi

0
(0)

Lee Min-kee adalah satu nama bersinar yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Korea Selatan. Jejaka kacak yang berusia 37 tahun itu ternyata mempunyai ramai peminat dan pengikutnya yang tersendiri. 

Lee Min-kee berlakon dalam beberapa filem dan drama bersiri yang tersenarai dalam senarai tayangan Viu Malaysia antaranya ialah Because This Is My First Life, The Beauty Inside, What’s Wrong With Secretary Kim dan filem romantik komedi-seram iaitu Spellbound. 

Selain terkenal dalam dunia lakonan, Lee Min-kee yang mempunyai pesona dan aura yang amat mengagumkan ini juga turut menceburkan diri dalam dunia nyanyian dan juga peragaan. Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang bintang popular Korea Selatan ini: 

 

  • Jumlah kekayaan Lee Min-kee

 

Jejaka serba boleh ini mengumpul harta kekayaan sebanyak 3 juta hasil dari kariernya sebagai pelakon, penyanyi dan model. 



  • Lee Min-kee melakukan khidmat kententeraan

 

Seperti pemuda-pemuda Korea Selatan yang lain, bintang-bintang besar dan ternama juga perlu melibatkan diri dan berkhidmat dalam latihan ketenteraan. Lee Min-kee berkhidmat dalam ketenteraan selama dua tahun. Dia memulakan khidmat awamnya pada bulan Ogos tahun 2014 dan selesai berkhidmat pada bulan Ogos tahun 2016. Lee Min-kee membuat keputusan untuk melakukan tugas mandatori ketenteraan apabila usianya lewat 20an, ramai juga bintang filem dan artis lain yang melakukan khidmat ketenteraan pada usia 30an kerana kekangan kerjaya. 



  • Pernah terpalit kontroversi gangguan seksual

 

Pada tahun 2018, industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan laporan seorang wanita berkenaan gangguan seksual yang dilakukan oleh Lee Min-kee. Selepas siasatan polis lengkap, ternyata bahawa pelakon kacak itu tidak bersalah dan semuanya hanyalah sebuah salah faham sahaja. Pihak polis menyatakan bahawa Lee Min-kee tidak pernah terlibat dengan aktiviti seperti itu. 



RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI