The Cave (2019) Based On True Story

4.7
(3)

-BERDASARKAN DARI KEJADIAN SEBENAR-

THE CAVE (2019)

Dunia digemparkan dengan kehilangan 12 ahli pasukan bola sepak remaja berumur antara 11-16 tahun dan seorang jurulatih berumur 25 tahun pada 23 Jun 2018 di Gua Tham Luang di Thailand. Ketika itu mereka dipercayai tersesat dan terperangkap tidak dapat menemui jalan keluar akibat hujan lebat yang berterusan dan menyebabkan laluan gua tersebut dibanjiri air. Gua Tham Luang merupakan gua terpanjang di Thailand sejauh 6 batu/9.7 km.

Dua hari kemudian, operasi menyelamat dimulakan namun risiko misi ini sangatlah bahaya memandangkan hujan masih tidak berhenti dan laluan utama pintu gua tersebut masih ditutupi dan dibanjiri air. Walaupun ketika itu mereka menggunakan pam untuk menarik dan menyedut air banjir tersebut namun ia masih menemui jalan buntu kerana selepas hari ke 5 hujan masih turun dengan lebatnya.

Selepas 5 hari kemudian, team penyelam/penyelam profesional dari UK diterbangkan untuk meneruskan misi yang merbahaya ini. Mereka terdiri daripada Richard Wiliam Stanton, Robert Charles Harper dan John Volanthen. Hujan masih turun dengan begitu lebatnya lagi. Namun misi ini perlu diteruskan walaupun terpaksa bergadai nyawa. Ketika ini mereka hanya memikirkan keselamatan mangsa² yang terperangkap.

Ahli keluarga, ahli agama dah Perdana Menteri Thailand ketika itu semua turut sama berkumpul di luar kawasan gua untuk berdoa anak² mereka semua masih bertahan dan selamat.

Pelbagai usaha dan cabaran yang perlu dilakukan oleh misi penyelamat ketika itu kerana laluan ke gua itu semakin sempit akibat dari banjir. Mangsa semua akhirnya berjaya ditemukan dalam keadaan selamat namun keadaan mereka cukup lemah dan tidak berdaya kerana tanpa air yang bersih dan makanan selama 17 hari.

Anda boleh saksikan kronologi kejadian sebenar ini dari filem yang diadaptasi “THE CAVE (2019)”.

Jujur, awal² filem sahaja dah boleh buat kita rasa “GOOSEBUMPS”/ TERPAKU/ TERPEGUN..dan mampu membuatkan kita mengalirkan airmata apabila kesemua keluarga mangsa mula mendapat berita tentang kehilangan anak² mereka.

Lakonan anak² dan jurulatih pun cukup memberikan kesan kepada emosi kita. I can say this is ONE OF THE BEST MOVIE BASED ON TRUE STORY yang sis pernah tonton. Sangat memberi inspirasi dan pengajaran….

YANG PALING MENARIKNYA..Ia difilemkan di gua Tham Luang Nang Non, gua sebenar di wilayah Chiang Rai, Thailand Utara. Beberapa penyelam gua sebenar dan sukarelawan penyelamat dari misi menyelamat sebenar juga terlibat dalam pembikinan filem ini.

Walaupun dah banyak versi-versi baru yang telah dikeluarkan baru-baru ini..sis masih suka pelaksanaan jalan cerita untuk versi lama ini walaupun dari segi sinematografinya tidak secantik dan tidak sekemas jika dibandingkan versi-versi baru..tetapi ia memberi impak yang lebih realistik dimata sis..(lain orang tak tahu lah kan..citarasa berbeza-beza)

INFO TAMBAHAN:

Pada 6 Julai 2018, salah seorang anggota SEAL Tentera Laut Thailand, Saman Gunan 38 tahun yang terlibat dalam misi menyelamat itu terkorban kerana kekurangan oksigen ketika misi menghantar tangki oksigen di sepanjang gua untuk mangsa² tersebut. RIP SIR SAMAN GUNAN.
Beliau sanggup mengorbankan dirinya demi menyelamatkan anak² dan jurulatih, sedangkan dia boleh je gunakan salah satu tangki oksigen tersebut..

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.7 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI