THE QUAKE (2018)

5
(4)

3 tahun lepas TSUNAMI (THE WAVE 2015) telah melanda Oslo, kini 2018 GEMPA BUMI pula bakal melanda Oslo semula!

THE QUAKE (2018) – Apalah nasib buruk Kristian kali ini? Sudahlah dia diceraikan isterinya dan terpisah dari anak-anaknya setelah kejadian 3 tahun lepas kini dia perlu berhadapan dengan satu lagi BENCANA ALAM yang bakal memusnahkan bandar Oslo yang baru sahaja memulai kehidupan baru mereka!

Di dalam filem ini, Kristian hidup bersendirian, masih trauma dan hidup dalam keresahan kerana masih berasa bersalah dengan kejadian Tsunami 3 lepas dimana sebagai ahli Geologi, dia rasa dia telah gagal menyelamatkan ramai nyawa.

Suatu hari, emosi Kristian sangat terganggu dan dia berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan laluan di bawah laut Oslo. Dia mendapati ada getaran dan gelombang yang sebuah gempa bumi akan bakal menimpa bandar Oslo. Sekali lagi, amaran yang Kristian berikan kepada pihak bertanggungjawab diendahkan dan dengan segera Kristian teringatkan bekas isteri dan anak-anaknya.

Apa yang anda perlu ketahui, berbeza dengan filem The Wave (2015) yang penuh dengan babak-babak dramatik dan lebih kepada aksi-aksi yang cukup menegangkan; The Quake lebih banyak menonjolkan sisi gelap masa silam Kristian sehingga kita boleh lihat betapa tidak terurusnya hidup Kristian, hidup yang penuh dengan penyesalan!

Perjalanan cerita kali ini lebih banyak memainkan emosi namun itu hanyalah dari awal hingga pertengahan filem. Setelah itu, tahap adrenalin penonton pasti akan naik secara perlahan-lahan dan hingga sampai kemuncaknya apabila gempa bumi mula memecahkan dan membelah setiap sudut jalan yang ada di bumi Oslo dan bangunan-bangunan mula hancur dan jatuh! Manusia mula bertempiaran melarikan diri!

Mampukah kali ini Kristian menyelamatkan bekas isteri dan anak-anaknya? Apakah misteri disebalik terjadinya gempa bumi ini? Adakah ia disebabkan kerana KUASA ALAM atau disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab?

Nah! Sudah cukup penasaran? Sudah semestinya The Quake adalah salah satu filem bertema “DISASTER” yang layak untuk ditonton bersama keluarga anda!

JOM LAYAN TRAILERNYA!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI