HAPPY FACE KILLER (2014) – KISAH SEBENAR PEMBUNUH PSYCHOPATH

5
(5)

‼️ MEREKA DIBUNUH DENGAN KEJAM, LEHER DIJERUT, DICAMPAKKAN SEPERTI SAMPAH & DITANDAKAN DENGAN ICON ?‼️

BERDASARKAN DARI KISAH SEBENAR pembunuhan bersiri yang pernah berlaku pada tahun 1990 di CANADA oleh seorang pembunuh & perogol bersiri bernama KEITH HUNTER JESPERSON yang telah membunuh 5 orang wanita dan mayat mereka ditandakan dengan icon ? sebagai penghargaan atas jenayah yang dilakukannya hingga beliau digelar HAPPY FACE KILLER! such a PSYCHOPATH!

Kisah beliau ? telah diadaptasi ke sebuah filem bergenre ‘TRUE CRIME‘ bertajuk HAPPY FACE KILLER (2014) yang mana watak beliau dilakonkan oleh DAVID ARQUETTE..

Sinopsis :

HAPPY FACE KILLER (2014) ini mengisahkan Keith Jesperson (David Arquette) seorang bapa dan suami yang bekerja sebagai pemandu treler pulang kerumah dan mendapati Isterinya telah keluar meninggalkan rumah bersama anak-anak dan dalam masa yang sama Keith yang sebelum ini cuba memohon untuk menjadi Polis mendapat panggilan yang pemohonan beliau telah ditolak akibat kesan kecederaan lampau yang dialami..

Hal tersebut membuatkan Keith bertukar menjadi baran, mula mencari mangsa-mangsa untuk membalas dendam dan melepaskan geram..

Selepas pembunuhan mangsa pertamanya, Sissy Peyton, FBI Agent Melinda Gand mula memburu siapa sebenarnya pembunuh yang menandakan mangsa dengan ikon ? ini.. Sehingga pada suatu hari sepasang suami isteri telah datang ke balai polis dan mengaku merekalah pembunuh tersebut..

Hal tersebut membuatkan Keith menjadi lebih geram kerana bagi Keith beliau adalah pembunuh sebenar tetapi mengapa pihak lain cuba mengambil ‘credit’ atas setiap pembunuhannya..

Keith sekali lagi mencari mangsa seterusnya dan mula menghantar nota dan surat kepada Melinda Gand seolah meminta pihak FBI mencarinya sehingga dapat.. Keith juga dalam nota-nota tersebut mengakui dialah pembunuh sebenar mangsa pertama..

Pembunuhan demi pembunuhan berlaku menyebabkan Melinda Gand menjadi lebih agresif mencari Keith apabila salah seorang mangsa yang terselamat membuat laporan mengenai Keith yang cuba untuk membunuhnya..

Keith sememangnya mempunyai sejarah lampau yang sangat teruk dan membunuh ini memberikan Keith seakan kuasa yang membuatkan beliau seronok melakukannya termasuk pada haiwan..

Paling teruk sesiapa saja yang cuba ketawakannya @ mendesaknya memang akan dibunuh..Semua mangsa-mangsa Keith adalah dari kalangan pekerja sosial dan wanita yang tiada rumah (homeless)

Kisah Benar : 

Keith Hunter Jesperson (lahir pada 6 April 1955) ini merupakan seorang bapa kepada 3 orang anak dan juga seorang pembunuh bersiri Canada Amerika yang telah membunuh sekurang-kurangnya 8 wanita pada awal 90an..Beliau dikenali sebagai ‘Happy Face Killer’ kerana melukis icon ? pada setiap jenayahnya, surat dan nota kepada pihak berkuasa..

Cara pembunuhan Keith didalam membunuh mangsanya adalah dengan cara menjerut leher mereka hingga mati..Keith juga merogol mereka sebelum menjerut..Caranya menjerut adalah sama seperti cara beliau membunuh binatang-binatang seperti anjing dan kucing jalanan..

Pembunuhan Keith menemui kegagalan apabila salah seorang mangsa terlepas darinya sekaligus menyebabkan beliau ditangkap pada 30 March 1995 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa dibenarkan parol atas kesalahan membunuh..

Keith pernah mengatakan yang beliau seronok melihat mangsa-mangsanya mati didepan mata..Ianya memberi satu kepuasan dan kuasa yang hebat padanya untuk mengambil nyawa seseorang..

Jom layan trailer filem HAPPY FACE KILLER dahulu :

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!