THE LAST DESCENT (2016) BERDASARKAN KISAH SEBENAR

5
(3)

John Edward Jones, lelaki yang terperangkap selama 27 jam di dalam Gua Nutty Putty pada tahun 2009 di Utah Lake sebelum meninggal dunia keseorangan di dalam gua yang sempit dan gelap itu. Gambar kaki terjulur ke bawah inilah footage sebenar dari kejadian saat itu. John benar-benar tersepit dan tidak dapat menggerakkan sedikit pun kakinya yang akhirnya selepas 27 jam bertarung nyawa, John meninggal juga akibat serangan jantung.

Mayatnya terpaksa dibiarkan begitu sahaja. Sadis, kematiannya sangat menyayat hati bagi sesiapa sahaja yang membaca dan menonton kisah sebenar tentang kejadian ini.

Berdasarkan sumber goggle, sebelum insiden John, dah pernah ada insiden yang sama pada tahun 2004. Mangsa tersebut juga terperangkap di tempat yang sama dengan John. Tetapi dia berjaya diselamatkan dengan menggunakan sistem takal. Dalam masa yang sama mangsa tersebut difahamkan mempunyai saiz badan yang lebih kecil dan kurus dari John. Sejak itu gua Nutty Putty Cave terus ditutup namun dibuka semula pada tahun 2009.

Selepas insiden John yang menyayat hati itu, pihak yang bertanggungjawab telah membuat keputusan untuk menutup gua itu buat selama-lamanya dan sehingga ke saat ini, ia masih menjadi kubur John.

THE LAST DESCENT (2016) adalah sebuah filem drama biografi Amerika 2016 yang berdasarkan kisah benar percubaan menyelamat John Edward Jones di Nutty Putty Cave, barat Tasik Utah pada tahun 2009.

Di dalam filem ini, kita akan dipertontonkan dari mula bagaimana John, kawan-kawan dan familinya boleh sampai ke Gua Nutty Putty pada 24 Nov tahun 2009 sehinggalah babak-babak yang mencemaskan dan mendebarkan bagaimana John boleh tersalah langkah masuk ke kawasan gua yang disangkakan adalah laluan BIRTH CANAL (Laluan Birth Canal ini sebenarnya adalah laluan sempit yang biasa hanya diterokai oleh peneroka gua yang berpengalaman sahaja).

Babak-babak yang paling memberi kesan adalah saat-saat sebelum kematiannya. Anda layan la filem ini, hati kena kuat ye! Sebab sis sendiri pun rasa sesak nafas dan rasa sedih, tak terbayangkan keadaan sebenar dia ketika itu.

Filem ini anda semua boleh tonton melalui YouTube.

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI