(THE FLU) JANGKITAN VIRUS H5N1 YANG MEMATIKAN

4
(2)

FLU (2013) – 2000 manusia setiap jam dijangkiti dan dalam masa 36 jam, yang dijangkiti oleh VIRUS H5NI pasti akan mati!

Sebuah trak kontena yang berisi pendatang haram dari Vietnam telah diseludup masuk ke daerah Bundang, Seongnam Korea dan semua dijumpai dalam keadaan yang sangat mengerikan dan telah mati, kecuali seorang sahaja yang ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan bernama Monssai.

Ketika Monssai dalam perjalanan dibawa pergi oleh 2 orang tekong, Byung Woo dan Byung Ki; Monssai telah melarikan diri.

Selepas kejadian itu, Byung Woo tiba-tiba jatuh sakit, batuk dan demam yang sangat panas sehingga dikejarkan ke hospital. Namun nyawa Byung Woo tidak dapat diselamatkan.

Setelah diselidiki, kesemua pendatang haram itu semua telah dijangkiti oleh VIRUS H5N1 yang mematikan! Dan kini rakyat di bandar Bundang, Korea Selatan pula diancam oleh virus tersebut kerana ia telah merebak dengan begitu cepat. Virus ini bukan sahaja menjangkiti manusia tetapi juga binatang.

Kini bandar Bundang menjadi huru hara, semua rakyat ketakutan, panik dan jalanan mula sunyi kerana kebanyakan warga bersembunyi kerana takut dijangkiti. Dan ketika itu juga, pihak tentera telah melaksanakan proses kuarantin serta pemeriksaan secara teliti ke atas warga yang dijangkiti.

Memburukkan keadaan lagi, kerajaan yang ingin mengambil langkah berjaga-jaga telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk menghapuskan semua warga di bandar Bundang bagi mengelakkan VIRUS H5N1 tidak tersebar dan merebak kepada mereka yang lain di seluruh dunia.

Di babak lain, 2 orang doktor wanita sedang berusaha dan bertungkus-lumus untuk mencipta vaksin terhadap jangkitan virus ini. Tidak lama setelah itu, anak perempuan salah seorang doktor tersebut pula dijangkiti. Dan doktor wanita tersebut sanggup melanggar etika kerjanya dan cuba merawat anaknya yang telah dijangkiti itu. Doktor tersebut tidak berseorangan, dia juga dibantu oleh seorang pegawai bomba. Bersama-sama, mereka berjuang habis-habisan.

Adakah mereka berjaya menghapuskan semua warga di daerah Bundang? Dan bagaimana pula bagi yang masih hidup dan sedang mengharungi hari-hari mereka, dapatkah mereka bertahan dan berjuang untuk hidup demi untuk bersatu kembali bersama keluarga mereka kelak?

SAKSIKAN TRAILERNYA DISINI:

https://youtu.be/ncVWhYqjTCY

 

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI