THE OUTLAWS (2017)

5
(2)

THE OUTLAWS adalah filem yang dihasilkan berdasarkan peristiwa sebenar yang berlaku di daerah Guro, Seoul Korea Selatan. Pertempuran antara gangster jalanan Korea Selatan dan gangster dari tanah besar Cina yang mahu merampas kuasa.

Filem jenayah aksi ini diarahkan oleh Kang Yoon-sung dan dibintangi oleh pelakon-pelakon popular Korea Selatan seperti Ma Dong-seok, Yoon Kye-sang, Jo Jae-yoon dan Choi Gwi-hwa.

THE OUTLAWS merupakan antara filem yang mendapat sambutan hangat sewaktu ditayangkan. Menjadi filem ketiga yang mendapat kutipan pecah panggung pada tahun tayangannya.

Awas spoiler :

Ma Seok-Do (Ma Dong-seok) merupakan pegawai polis yang bertanggungjawab menjaga keamanan di sekitar Chinatown di Seoul. Sering berlaku pergaduhan antara kumpulan gangster di situ namun Ma Seok-Do mampu mengawalnya dan setiap ketua gangster di kawasan tersebut menghormati pegawai polis tersebut. Ma Seok-Do adalah polis jujur, tegas dan tidak menerima rasuah.

Dalam diam kawasan Chinatown tersebut menjadi idaman sekumpulan gangster dari tanah besar Cina yang kini menjalankan perniagaan ceti haram. Memeras dan membunuh penghutang mereka dengan kejam sekali.

Segala keamanan dan rutin di Chinatown menjadi kucar-kacir apabila gangster dari Cina tersebut bertindak ganas dan membunuh salah seorang ketua gangster jalanan berbangsa Korea di kawasan tersebut.

Pembunuhan-pembunuhan ganas berlaku, rampasan kuasa dan pengkhianatan yang amat mengerikan. Ma Seok-Do kini dalam permainan mengejar penjenayah kejam yang tidak berhati perut ini.

Peminat-peminat filem aksi pasti tidak mahu melepaskan peluang menonton filem ini. Seni aksi yang ditonjolkan memuaskan hati. Babak-babak ganas berdarah pasti memualkan dan mengerikan.

Filem ini turut boleh ditonton di Viu Malaysia.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI