JULIA’S EYES(2010) -MATANYA TIDAK MENIPU

4
(1)

JULIA’S EYES merupakan filem thriller Sepanyol lakonan hebat Belèn Rueda, Lluis Homar, dan Francesc Orella.

 

Filem ini diterbitkan oleh pengkarya terkenal yang telah terlibat dnegan banyak filem ternama dan merupakan pemenang Oscar iaitu Guillermo del Toro.

 

Awas spoiler :

Sepasang kembar Sara (Belèn Rueda) dan Julia (Belèn Rueda) mempunyai masalah mata yang menyebabkan mereka cacat penglihatan.

Sara meninggal dunia dan sebab kematian dianngap sebagai bunuh diri. Walaubagaimanapun Julia kembarnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa Sara tergamak membunuh diri kerana dia betul-betul mengenali karakter Sara. Julia juga mempunyai masalah penglihatan namun dia masih boleh melihat samar-samar. Julia sedang menunggu giliran untuk melakukan pembedahan mata dan sering merasakan dirinya diikuti seolah-olah ada sesuatu mengekori. Julia ingin menyisat kematian Sara namun ditegah oleh suaminya.

 

Julia menemui pelbagai bukti yang meragukan sewaktu menyiasat tentang Sara ,beberapa orang yang dirasai mencurigakan. Beberapa kejadian bunuh berlaku dan suami Julia juga turut menghilang dengan misteri.

 

Julia terus mengejar kebenaran walau dibelakangnya ada pembunuh psiko sedang mengikuti. Tanpa disedari dirinya kini menjadi target utama.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI