NIGHTSTALKER (2002)

5
(2)

KISAH BENAR SEORANG PEMBUNUH & PEROGOL BERSIRI, PENCABUL KANAK², PENAGIH, PENCURI & PENCULIK AMERIKA BERNAMA RICHARD RAMIREZ @ NIGHTSTALKER

Filem NIGHTSTALKER ni terdapat banyak versinya..Jadi yang Admin nak review ini adalah versi kedua yang dikeluarkan pada tahun 2002..Anda boleh cari sendiri info filem-filen berkenaan Nightstalker ini ye..

SINOPSIS :

NIGHTSTALKER (2002) sebuah filem berkenaan pemuda bernama Richard Ramirez, seorang manusia bertopengkan syaitan yang digelar Nightstalker telah menyebabkan bandar Los Angeles huru hara ketika musim panas pada tahun 1985 dan seorang Detective Los Angeles, Gabriella Martinez (Roselyn Sanchez) yang berusaha dalam misinya untuk menangkap Ramirez (Bret Roberts)

Ramirez membunuh mangsanya dengan pecah masuk ke rumah mereka.. Mangsanya kebanyakkannya ada perempuan kerana Ramirez lebih obses untuk membunuh perempuan terlebih dahulu dengan cara menikam dan merogol ketika mangsanya tengah tidur..

Ramirez yang juga seorang penagih dadah jenis heroin juga lebih obses untuk membunuh selepas mendengar suara halus yang menyuruh beliau merogol mangsa terlebih dahulu..

Filem yang diarahkan oleh Danny Trejo ini juga lebih kepada hendak menggambarkan siapa Richard Ramirez dan cara pembunuhan beliau..

Siapa Richard Ramirez yang sebenarnya ini?

KISAH BENAR

Richard Ramirez, dilahirkan dan dibesarkan di El Paso, Texas..Beliau seorang yang menyendiri ketika membesar bersama empat orang adik-beradiknya..Pada usia 2 tahun, dikatakan sebuah almari pakaian terjatuh dan mengenai kepalanya, menyebabkan kekeliruan dan sedikit aktiviti sawan berlaku pada dirinya..

Pada usia 10 tahun, Richard mula bermalam di tanah perkuburan tempatan. Pada usia 12 tahun, beliau mula menghabiskan masa dengan sepupunya, yang menunjukkan kepadanya gambar polaroid dari perang Vietnam..

Sepupunya membunuh isterinya di hadapan Richard..Selepas itu beliau mula menghidu gam dan pernah ditangkap dua kali semasa sekolah menengah kerana memiliki bahan terlarang. Tidak lama kemudian, Richard menaiki bas Greyhound ke Los Angeles. Di sana, beliau ditangkap 2 kali di Pasadena dan Los Angeles…Beliau mula bereksperimen dengan dadah yang lebih berat, seperti crack dan kokain…Tidak lama kemudian, pembunuhan bermula.

Richard membunuh beberapa mangsa di kawasan Los Angeles, memaksa rakyat berada dalam keadaan ketakutan..Beliau kemudiannya dikesan oleh sekumpulan warga yang marah dan hampir dipukul hingga mati. Polis sebenarnya telah menyelamatkannya daripada dipukul hingga mati..

Ramirez meninggal dunia akibat komplikasi kepada limfoma sel B di Hospital Besar Marine di Greenbrae, California pada 7 Jun 2013..Pada usia 53 tahun, beliau telah menjalani hukuman mati selama lebih 23 tahun…Mengikut anggaran, beliau berumur awal 70-an sebelum hukuman mati akan dijalankan, disebabkan proses rayuan yang panjang di California..

Filem NIGHTSTALKER (2002) boleh ditonton secara penuh di YOUTUBE..cari je tajuknya pasti jumpa..

Saksikan trailer filem ini dahulu :

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!