SE7EN (1995) – 7 DOSA 7 PEMBUNUHAN

5
(2)

Sebut sahaja tahun 90an, pasti peminat-peminat filem terkenang filem-filem psiko thriller yang dikeluarkan pada era tersebut. Antara filem terbaik sepanjang zaman yang tidak dapat dilupakan adalah SE7EN.

Filem yang menonjolkan bakat-bakat besar dari Hollywood seperti Morgan Freeman , Brad Pitt , Kevin Spacey dan Gwyneth Paltrow ini diarahkan oleh David Fincer dan telah tercalon untuk merebut trofi di Academy Awards ke 68 namun tewas kepada filem Apollo 13.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

SE7EN (SEVEN)

Suasana gempar terjadi apabila ada kes pembunuhan. Bukan satu, malah beberapa pembunuhan berantai dengan beberapa motif yang sama berlaku.

Sorang pembunuh psikopat membunuh mangsa berdasarkan tujuh dosa besar menurut kepercayaan anutannya.

Seperti yang tertera di poster filem, ada tujuh dosa yang disenaraikan:

  • kerakusan
  • ketamakan
  • kemalasan
  • iri hati
  • kemarahan
  • kesombongan
  • hawa nafsu

Pembunuh psiko makin galak mencari mangsa, setiap pembunuhan yang dilakukan akan disertakan klu mewakili dosa yang mana satu. Setiap pembalasan adalah berbeza. Ada yang diseksa sehingga setahun sebelum jasadnya dijumpai, satu perancangan yang sudah lama dirangka. Membunuh untuk mencapai matlamatnya yang satu. Membunuh orang-orang yang di anggapnya berbuat dosa-dosa besar ini. Gila!

Aksi jejak menjejak si pembunuh gila bernama John Doe. Dia bukan sekadar psiko, dia juga licik bermain helah. Menutup jejak, menghilang diri. Memerangkap mangsa, mempermainkan pihak berkuasa!

Berani mati, hati kering.

Kombinasi menjadi antara detektif muda David Mills (Brad Pitt) dan pegawai senior yang akan bersara William Somerset (Morgan freeman) untuk mematahkan kejahatan John Doe.

Penuh debaran,
Perangkap yang memerangkap?
Perangkap makan tuan?
Bukan satu jalan yang Mudah..
Air mata dan kepayahan.
Penuh emosi.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI