FILEM THRILLER SURVIVAL TERBARU 2022 (SHUT IN)

4.7
(3)

“Seorang Ibu perlu mencari jalan keluar setelah diperangkap, dikurung dan nyawa anak-anaknya diancam oleh seorang lelaki pencabul kanak-kanak dan juga penagih dadah.”

Filem ini mengisahkan keperitan dan perjuangan antara hidup dan mati seorang ibu muda, Jessica yang hidup “Struggle” bersama 2 orang anak-anak yang masih kecil lagi.

Pada mulanya, Jessica dan anak-anaknya hanya bertiga sahaja tinggal di rumah peninggalan neneknya.

Namun segalanya mula berubah apabila bekas kekasih yang juga merupakan seorang penagih dadah telah kembali ke rumah itu bersama seorang kawan lelaki lain yang pernah ada sejarah melakukan jenayah pencabulan terhadap kanak-kanak.

Kerana Jessica tidak dapat memberikan apa yang bekas kekasihnya nak dan juga kerana dia telah menyinggung perasaan kawannya, Jessica telah DIPERANGKAP, DIKURUNG dan DIKUNCI di dalam bilik pantri yang pintunya sememangnya telah rosak, pintu tersebut boleh dibuka dari luar tetapi tidak dari dalam.

Kini Jessica terkurung dan tidak terdaya untuk keluar apatah lagi memecahkan pintu tersebut. Apa yang paling membimbangkan adalah, keselamatan anak-anaknya yang masih kecil itu sudah terancam!

Dapatkah Jessica mencari jalan keluar? Adakah anak-anaknya dapat diselamatkan?

REVIEW RINGKAS

Filem ini bermula dengan agak perlahan kerana penonton akan ditunjukkan bagaimana Jessica dan dua orang anaknya yang baru hendak memulakan kehidupan baru di rumah peninggalan mendiang neneknya.

Dan detik-detik klimaks mula memuncak apabila bekas kekasih dan kawan bekas kekasihnya datang membuat onar dan kekecohan di rumah mereka sehingga Jessica diperangkap dan dikurung dalam bilik pantri, terputus hubungan dengan dunia luar. Hanya bergantung kepada anak perempuan kecilnya yang bijak itu untuk menjaga adik lelakinya yang masih bayi lagi.

Satu persatu arahan yang Jessica berikan kepada anak perempuannya buat itu buat ini, namun sampai bilakah ia akan terus berlarutan? Jessica perlu segera mencari jalan keluar untuk memastikan keselamatan anak-anaknya yang kini ditinggalkan bersendirian diluar.

Selepas dua hari, kawan bekas kekasihnya kembali ke rumah Jessica dan kali ini hanya dia berseorangan tanpa bekas kekasihnya! Kerisauan Jessica makin kemuncak kerana lelaki tersebut cukup menakutkan dan sangat merbahaya! Dia adalah pencabul kanak-kanak.

Dah ketika inilah, babak-babak intense dan mendebarkan bermula! Membuatkan kita sebagai penonton turut beremosi naik turun bagai roller coaster! Kisah yang cukup menarik! Dan sangat realistik!

 

IMDb rating 7.4/10

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.7 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI