OPEN WATER 2003 REVIEW

0
(0)

“2 ORANG DI LAUTAN TERBUKA, 15 BATU JAUH DARI DARATAN, DIKELILINGI 1000 JERUNG YANG KELAPARAN.”

“Setelah bot penyelam pergi meninggalkan Thomas dan Eileen Lonergen, mereka terkandas, terumbang-ambing kemudian diserang dan dimakan oleh JERUNG ketika mereka dihanyutkan ke tengah lautan.”

“OPEN WATER (2003)” filem yang diadaptasi dari kisah benar yang berlaku pada 25 Januari 1998 telah mengorbankan Thomas dan Eileen Lonergen ketika pergi melakukan aktiviti menyelam di “Australia Great Barrier Reef” dan sehingga ke saat ini, kisah mereka masih menjadi misteri kerana masih ada khabar angin mengatakan yang mereka sebenarnya sengaja membiarkan bot penyelam pergi meninggalkan mereka kerana ingin membunuh diri. Namun dari hasil siasatan dari bahan² bukti yang ada, koroner Noel Nunan mendapati pasangan itu meninggal dunia sama ada akibat dehidrasi, mati lemas atau diserang jerung.

TRIVIA
– JERUNG yang digunakan dalam filem ini ialah jerung sebenar yang digelar Caribbean Reef Sharks.
– Kos untuk menghasilkan filem ini hanyalah 100 ribu Dollar namun ia berjaya mendapat kutipan di BOX OFFICE sebanyak 55 juta Dollar! Menakjubkan!

Official Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI