Man On The Run – Jho Low Pelarian Jutawan

0
(0)

Netflix yang mendapat hak secara worldwide kini telahpun menerbitkan dokumentari kisah jenayah sebenar bertajuk Man On The Run.

 

Documentari ini mengenai skandal 1MDB dan salah seorang dalang yang didakwa berkaitan dengan dana itu. Seorang pelarian antarabangsa bernama Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

 

Filem ini memaparkan kisah ahli perniagaan yang penuh teka-teki dan juga seorang playboy. Bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, dia telah mendalangi satu skim untuk mengeksploitasi 1MDB.

 

 

1MDB merupakan sebuah dana kekayaan negara yang ditubuhkan pada tahun 2009. Dana itu pada mulanya bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

 

Walau bagaimanapun, pada tahun 2015, wartawan Clare Rewcastle-Brown menerima dokumen kewangan yang telah bocor.

 

Perkara ini telah mencetuskan penyiasatan global yang mendedahkan bahawa sejumlah besar wang telah disalurkan ke dalam akaun bank antarabangsa yang disalahguna untuk memberi Jho Low gaya hidup yang mewah.

 

 

Ini termasuklah pemerolehan hartanah mewah, jet peribadi, kapal layar super, pesta mewah dengan selebriti class A seperti Leonardo DiCaprio.

 

Dia juga didakwa telah membayar sejumlah besar kepada pelakon dan supermodel terlibat untuk penampilan yang mewah dan bergaya.

 

Digelar sebagai “Asian Great Gatsby,” Jho Low juga dikatakan telah membiayai filem blockbuster yang dicalonkan anugerah Oscar arahan Martin Scorsese bertajuk The Wolf of Wall Street.

 

 

Dia menghadapi tuduhan pengubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain yang berkaitan dengan skandal berbilion dolar dan dikehendaki oleh pihak berkuasa antarabangsa. Jho Low kini hidup sebagai pelarian dan dipercayai bersembunyi di China.

 

Pada 31 Julai 2020, Utusan Malaysia melaporkan sebanyak RM75 juta harta milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan keluarganya di negara ini disita Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak hujung tahun lalu hingga awal tahun ini.

 

Harta tersebut membabitkan wang dalam beberapa akaun bank, unit kondominium, pejabat dan kenderaan mewah di ibu negara dan Pulau Pinang.

 

Diarahkan oleh Cassius Michael Kim (The Wonder List), dokumentari Man On The Run dijadualkan tayang secara global pada 5 Januari 2024. Anda boleh menonton filem dokumentari itu di Netflix.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI