DATUK ROSYAM NOR MUNCUL DALAM FILEM HONG KONG

5
(2)

Baru-baru ini Datuk Rosyam Nor telah memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya untuk berkongsi berita tentang pengalaman pertamanya berlakon dalam filem Hong Kong. Hebat dan luar biasa sosok figura Datuk Rosyam Nor apabila diberi kepercayaan untuk membawa watak antagonist dalam filem bertajuk G STORM bergandingan dengan Louis Koo sebagai watak utama.

Melalui hantatannya di Instagram Datuk Rosyam Nor menulis tentang sedikit sinopsis berkenaan filem G STORM dan peranan wataknya.

DATUK Rosyam Nor menulis hantarannya di Instagram :

First time berlakon filem Hong Kong. Filem G Storm terbitan produksi Hong Kong ini akan berada di pawagam pada 31 Disember.

Filem aksi ini adalah mengenai satu pasukan pencegahan rasuah. Kalau di Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jadi, aku pula jadi jahatlah. Takkan hero pula,” 

 

Selain berlakon dalam filem G STORM ini, Datuk Rosyam Nor juga pernah terlibat dengan filem Tamil blockbuster bertajuk Kabali bergandingan dengan lagenda perfileman India iaitu Rajinikanth.

Beliau telah aktif dalam dunia lakonan dan hiburan hampir 36 tahun lamanya dan telah menerima pelbagai anugerah seni. Umum mengetahui bahawa Datuk Rosyam Nor adalah pelakon kelas A di Malaysia. Kejayaannya membawa watak-watak jahat/antagonist dalam filem-filem lakonannya berjaya membuka mata pembikin filem luar. Lakonannya dalam filem Castello,  KL Gangster 2 dan Lenjan pasti tidak boleh dilupai.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI