ISTANA PATAUDI MILIK SAIF ALI KHAN MEMPUNYAI 150 BILIK

5
(3)

Artis-artis tersohor Bollywood memang terkenal dengan gaya hidup mewah dan kediaman-kediaman megah yang sememangnya bernilai jutaan malahan berbillion ringgit.

Seperti yang ramai sedia maklum, Saif Ali Khan merupakan waris keturunan diraja Pataudi yang ke sepuluh dikenali sebagai Nawab Pataudi. Sejak Kareena Kapoor Khan aktif di laman sosial Instagram, maka orang ramai boleh turut sama mengintai dekorasi dan ruang dalam Istana Pataudi milik Saif Ali Khan tersebut.

Istana Pataudi dijadikan rumah inap buat pasangan popular ini kerana mereka tinggal di sebuah apartment mewah yang dikenali sebagai Fortune Heights yang bernilai lebih kurang RM 2 billion.  Selain itu Saif Ali Khan turut dilaporkan mempunyai 10 unit banglo di 10 lokasi yang berbeza.

Dikhabarkan nilai Istana Pataudi adalah 800 crores atau USD$ 1.9 billion. Saif Ali Khan terpaksa membuat beberapa penyelesaian dengan pihak Hotel dari Neemrana Group kerana selepas kematian bapanya, pihak hotel telah mengambil alih Istana Pataudi atas sebab beberapa perjanjian sewa hartanah.

Walau secara dasarnya Istana Pataudi adalah warisan keluarga Saif Ali Khan,namun dia masih terpaksa membayar sejumlah wang yang cukup banyak pada pihak hotel untuk memindah milik istana tersebut ke atas namanya. Saif Ali Khan telah meggunakan duit hasil lakonannya selama 30 tahun untuk mendapatkan hak ke atas Istana Pataudi.

Istana Pataudi direka oleh Robert Tor Russell pada tahun 1900 dengan bantuan dari arkitek Austria Karl Moltz von Heinz. Dibina atas tanah seluas 10 ekar, istana itu memiliki 150 buah bilik antaranya 7 bilik tidur utama, 7 bilik persiapan pakaian, 11 bilik untuk bermain billiard dan pastinya bilik-bilik untuk ruang makan.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI