SPELL (2020) Horror Supernatural

4.4
(5)

“Amalan sihir yang mematikan, menggunakan patung Hoodoo dikenali sebagai BOOGITY yang diperbuat daripada darah, kuku, rambut dan lumpur.” – ????? (????)

Trauma kerana dipukul masa kecil menyebabkan Marquis tidak ingin kembali ke pangkuan keluarganya semula. Namun Marquis harus akur untuk kembali ke kampung halamannya yang berada di luar bandar Appalachia apabila menerima khabar bapanya yang kaki pukul telah meninggal dunia.

Marquis membawa isteri dan dua orang anak remajanya kembali ke sana dengan menaiki kapal terbang peribadi yang disewa. Ketika dalam penerbangan ke sana, tiba-tiba cuaca berubah gelap dan angin ribut mula menggoncang seluruh kapal menyebabkan mereka terhempas entah dimana.

Sedar-sedar sahaja, Marquis mendapati isteri dan anak-anaknya tiada disisinya dan dia kini terlantar tidak berdaya disebuah kediaman misteri yang dimiliki oleh keluarga Eloise. Marquis meronta meminta untuk dilepaskan tetapi lain pula jadinya..dia malah dijampi sehingga pengsan dan dikurung.

Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah isteri dan anak-anaknya masih hidup lagi? Siapa pula gerangannya si Eloise ini sehingga sanggup menggunakan jampi serapah ke atas Marquis???

?????? ???????:-
Plot cerita SPELL ini, menarik dan terdapat babak-babak suspen yang cukup mengilukan, mengerikan dan menggelikan! Terasa macam daging dibadan sendiri yang terkena! Hisshh..dan satu lagi babak yang best apabila BOOGITY yang menakutkan dibangkitkan..sungguh misteri kewujudannya.

??????????? untuk peminat genre horror misteri supernatural. Story pacing dia tak slow tak juga rancak tapi cukup mencengkam emosi dan minda kita.

Filem ini kini boleh ditonton di Netflix.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.4 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI