Port Of Call 2015

4.5
(2)

Title: Port Of Call

Genre: Crime, Mystery.

Port of call adalah sebuah filem crime dari Hong Kong. Aaron Kwok berlakon menjadi seorang detektif veteran yang cuba menyelesaikan kes pembunuhan kejam. Filem ini adalah berdesarkan kisah benar darinkes pembunuh seorang pelacur remaja yang berusia 16 tahun yang dibunuh dengan kejam pada tahun 2008.

Port Of Call bermula dengan kisah seorang pelajar memotong gambar model didalam majalah. Rakan sekelas yamg duduk disebelahnya telah mengambil pisau dan memotong pergelangan tangan. Dia dipersalahkan kerana tidak memberitahu guru kelas. Jiamei mempunyai cita – cita yang besar untuk menjadi seorang model kerana kehidupannya sangat miskin. Tetapi disebabkan ketinggiannya dia gagal. Dia melakukan pelbagai perkerjaan untuk menampung kehidupan dirinya dan keluarga.

Di masa yang lain 3 orag polis pergi ke sebuah tempat kejadian pembunuhan. Saksi merupakan jiran menalifon polis apabila ternampak darah keluar dari bilik mandi dengan banyak. Polis yang memeriksa rumah tersebut melihat tiada mayat dijumpai, mereka hanya menjumpai barang peribadi dan darah yang penuh diserata rumah milik mangsa dan tandas yang dipenuhi darah. Setelah polis mengenal pasti DNA darah mangsa dari tempat kejadian, mangsa tersebut bernama Wan Jiamei seorang pelacur remaja berumur 16tahun. Dan suspek pembunuhan ialah seorang lelaki yang bernama Tin

Tin telah datang ke balas polis untuk menyerah diri. Tin telah menceritakan bagaimana dia membunuh Jiamei. Dia menceritakan dimana terletaknya kepala yang telah dipenggal, sebahagian badan Jiamei telah dipotong dan dicampurkan berasama daging babi dijual kepada pengusaha daging babi.

Cerita ini anda perlu menonton dengan focus kerana jalan ceritanya melalui banyak fasa “throwback” perjalanan kehidupan Jiamei sebelum dibunuh. Dan bagaimana kehidupan Tin sebelum menjadi pembunuh.

Apakah motif kejadian sebenar pembunuhan tersebut? Apakah hubungan Ti dan Jiamei sehingga membuatkan Jiamei terbunuh? Saksikan semua ini di “PORT OF CALL”

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI