RAMAN RAGHAV ‘JACK THE RIPPER OF INDIA’

5
(2)

RAMAN RAGHAV 2.0(PSYCHO RAMAN) adalah filem biografikal jenayah thriller Hindi yang dibikin berdasarkan kisah pembunuh bersiri di India yang digeruni sekitar tahun 1960.

Raman Raghav telah membunuh mangsa-mangsanya selama tiga tahun berturut-turut tanpa gagal. Penduduk kawasan setinggan di Mumbai menjadi mangsa kerakusan Raman Raghav.

Raman Raghav dalam pengakuannya telah menyatakan dia telah membunuh seramai 41 orang mangsa, walaubagaimanapun pihak berkuasa berpendapat pembunuh kejam itu telah membunuh lebih ramai mangsa.

Raman Raghav digelar Jack The Ripper of India oleh pihak media dan masyarakat pada masa itu. Dia membunuh mati mangsanya dengan senjata tumpul seperti tukul dan batang besi. Mangsa-mangsa dihentak hingga pecah kepala dan hancur tubuh badan. Dihenyak sepuasnya sehingga nafsu syaitan Raman Raghav dapat dilunaskan.

Anurag Kashyap akhirnya muncul dengan idea untuk membuat sebuah filem berkisarkan tentang hidup si pembunuh bersiri Raman Raghav.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

RAMAN RAGHAV 2.0 (PSYCHO RAMAN)

Sebuah filem Hindi yang diinspirasikan dari kisah benar seorang pembunuh bersiri di negara India pada era 1960.

Walau bagaimanapun, latar tempat dan latar masa bagi filem ini tidak dilayarkan dengan tetatapan masa1960, Anurag Kashyap mengambil langkah bijak dengan menggunakan latar masa sekitar 2013-2014.

Semestinya sebuah lakonan hebat dari Nawazuddin Siddiqui yang membawa watak sebagai pembunuh bersiri yang psiko Ramanna.

Seorang anggota polis yang tidak jujur, merupakan juga seorang penagih dadah bernama Raghavan hendak membeli bekalan dadahnya, walau bagaimanapun, niatnya terbantut apabila mendapati pengedar dadah yang sering berurusan dengannya telah mati dibunuh.

Raghavan dalam kebingungan, keesokannya menyiasat kes pembunuhan, dia menerima kiriman sebatang tukul dan beberapa panggilan telefon yang tidak dikenali.

Beberapa tahun sudah berlalu, Seorang lelaki bernama Ramanna menyerah diri di balai polis. Dia dengan berani membuat pengakuan bahawa dia telah membunuh seramai sembilan orang magsa.

Ramanna ditahan polis, diseksa dan di soal-siasat.

Akhirnya Ramanna berjaya meloloskan diri dari tahanan polis, dia merayau mencari bantuan. Akhirnya dia ke rumah kakaknya Lakshmi. Pertengkaran berlaku antara Ramanna dan suami Lakshmi, Ramanna membunuh kejam Lakshmi, suaminya, dan anak mereka.

Raghavan ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan keluarga Lakshmi. Dia mendapat petunjuk bahawa Ramanna terlibat dengan pembunuhan kejam ini.

Saksikan bagaimana Raghavan terjebak dengan permainan licik Ramanna.

Tangan sudah biasa berlumuran darah, walau sebanyak mana nyawa diragut, tidak memberi kesan pada hati yang mati.

Wajib ditonton!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI