CONFESSIONS (2010)-DENDAM SI IBU

5
(5)

CONFESSIONS (KOKUHAKU) filem dari Jepun yang benar-benar buat dada penonton terasa sempit. Mengisahkan tentang seorang guru yang mahu membalas dendam kematian anaknya. Dia sedar kematian anaknya bukan akibat kemalangan. Lebih menyedihkan,pembunuh anaknya adalah pelajarnya sendiri.

Terdapat empat karakter utama untuk filem ini iaitu :

 

  • YUKO MORIGUCHI

-Yuko adalah seorang ibu tunggal yang merupakan seorang guru di sekolah menengah. Bapa kepada anaknya menghidap HIV,tapi Yuko dan anaknya bebas dari virus itu. Yuko membawa anaknya ke sekolah,setiap Kali Yuko mengajar,anaknya di tempatkan di sebuah bilik khas.

 

  • SHUYA WATANABE

-Shuya adalah antara pelajar yang terlibat dengan kematian anak Yuko. Ibu Shuya seorang saintis bijak pandai telah meninggalkannya demi mencapai cita-cita. Shuya sering membaca nota ibunya dan dia bermint dengan Sains. Demi mendapat tontonan ramai, Shuya mula membuat ujikaji dengan menyeksa binatang dan mencipta alat penyeksaan. Salah satu alatnya telah menjadi titik hitam dalam hidupg urunya cikgu Yuko.

  • NAOKI SHIMUMORA

– Naoki seorang pelajar yang kurang pintar dan ingin mempunyai kawan di sekolah,dia yang kurang pandai bergaul membuatkan tiada siapa berminat untuk berteman dengannya. Naoki mempercayai cikgu Yuko , Naoki pernah tertangkap kerana melakukan vandalism do sekolah. Sepatutnya cikgu Yuko yang membantunya tetapi akibat kekangan cikgu Yuko telah menghantar guru lain sekaligus membuatkan Naoki sakit hati dan rasa dikhianati.

  • MIZUKI KITAHARA

– Mizuki seorang gadis kesunyian. Antara salah seorang pelajar yang bermasalah dan agak ganas. Dia seolah-olah tidak mempunyai ibu bapa dan sering berkelakuan kasar di sekolah. Dia dianggap pelik dan tiada seorang pun mahu mendekatinya kecuali Shuya.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

CONFESSIONS

Sebuah filem thriller dari Jepun yang memaparkan Kisah Seorang ibu membalas dendam kematian anaknya.

Yuko, Seorang guru sekolah menengah mengesyaki 2 orang pelajarnya yang menyebabkan kematian satu-satu anaknya.

Walaubagaimanapun dia tidak mampu mendapatkan Keadilan untuk anaknya.

Dia nekad membalas dendam.

Pada hari terakhirnya, dia bertanya kepada pelajar yang disyakinya.. Budak lelaki biadap itu mengakui dia membunuh anak kecil itu, kemudian mengejek gurunya dengan mengatakan dia sekadar bergurau.

Naluri Seorang ibu memang kuat.

Yuko mengejutkan anak muridnya apabila dia memberitahu, dia telah menyuntik darah bekas Suaminya yang positif HIV ke bekas minuman (susu kotak) dua orang pelajar yang membunuh anaknya itu.

Antara dua pembunuh itu, salah Seorang daripada mereka kemurungan. Hidup huru hara dan tidak keruan kerana dia percaya dia sudah dijangkiti HIV.

Seorang lagi pelajar pembunuh nampak lebih tenang.

Walaubagaimanapun, Yuko berjaya membawa keluar sisi jahat kedua-dua pelajar.

Salah Seorang daripada mereka sememangnya psikopat! Seorang lagi juga akhirnya mengalah, melakukan pembunuhan lain yang tidak di sangka!!

Balas dendam si ibu membuahkan hasil, sedikit demi sedikit Kejahatan si pembunuh terserlah.

Pembunuhan-pembunuhan kejam menggemparkan.

Si ibu mampu tersenyum. Dendamnya terlunas. Tapi bukan tanggannya yang membunuh.

Genius!!

Wajib tonton.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI