“SEA FEVER 2019”

4
(1)

SEA FEVER (2019) – 8/10⭐⭐⭐⭐

Such a gems! Underated movie! Sebuah filem yang memberi gambaran sisi lain karakter manusia ketika di tengah-tengah ancaman wabak penyakit. Pada sis, filem ini memberi mesej yang cukup mendalam dan ada hubung kaitnya dengan situasi dunia kini tatkala masih dilanda pelbagai jenis wabak penyakit.

Pacing story yang agak slow tetapi tidak akan membuatkan kita berasa bosan kerana ketika berada di pertengahan plot cerita, kita akan mula tertanya tanya apakah yang bakal terjadi kemudian? Siapakah yang akan dijangkiti? Bagaimanakah jangkitan ini boleh berlaku dan merebak melalui apa? Dan akhirnya..adakah mereka akan selamat?

Pernah dengarkan hadis yang berbunyi: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim). Setelah anda menonton filem ini, anda pasti faham mengapa sis kaitkan filem ini dengan hadis atas.

Siobhán (lakonan Hermione Corfield) merupakan seorang saintis muda dalam bidang biologi marin yang cerdik dan untuk mendapatkan gelaran kelulusan Doktor Ijazah, dia menerima tugasan untuk membuat kajian tentang hidupan laut yang kemudian membawa Siobhán ke Niamh Cinn-Oir, sebuah kapal pukat nelayan yang dimiliki oleh sepasang suami isteri Gerard (Dougray Scott) dan Freya (Connie Nielsen), dan bersama beberapa kru nelayan lain, Johnny (Jack Hickey), Ciara (Olwen Fouéré), Omid (Ardalan Esmaili) dan Sudi (Elie Bouakaze).

Kebetulan pula pasangan suami-isteri ini sedang dibelenggu dengan krisis kewangan dan ini membuatkan mereke begitu terdesak untuk turun ke lautan Atlantik untuk membuat tangkapan yang besar.

Ketika berada di atas lautan, mereke telah diberi amaran oleh polis marin pantai yang sedang meronda untuk tidak menjejaki zon larangan yang dikhabarkan kawasan tersebut adalah teritori ikan paus.

Namun Gerald mendapati kawasan tersebut merupakan “lombong emas” yang bakal menjadi solusi kepada krisis kewangan mereka terus tidak mengendahkan amaran tersebut dan secara rahsia dia telah mengubah laluan perjalanan kapal mereke ke kawasan perairan larangan itu.

Ketika berada tepat di atas zon perairan larangan itu, tiba-tiba kapal mereka tersekat dan seolah ditarik dan ditahan oleh sesuatu dari bawah lautan. Keanehan mula berlaku apabila mereka mendapati dek bawah kapal mereke dipenuhi oleh beberapa kesan ganjil yang melekat di permukaan tembok besi kapal dan mengeluarkan sejenis cecair lendir berwarna biru.

Siobhán bukan sahaja seorang saintis muda yang cerdik tetapi dia juga seorang penyelam yang cukup berani, dia menawarkan dirinya untuk menyelam dan memeriksa kejanggalan tersebut.

Satu penemuan yang cukup mengejutkan Siobhán ketika berada di dalam lautan, badan dasar kapal tersebut dipenuhi dengan sesungut gergasi yang memancarkan sinaran berwarna biru. Siobhan menjadi ketakutan dan naik semula ke permukaan laut. Dia memberitahu kru kapal yang di bawah lautan terdapat sejenis raksasa laut yang menyerupai sotong dan juga obor-obor, kemudian memberi amaran kepada pasangan Gerald untuk tidak mendekati binatang tersebut.

Kerana rasa terdesak dan sifat tamak menguasai diri Gerald, dia dan kru lain begitu teruja dan menyangka mereka bakal membawa balik hasil lautan yang paling menguntungkan! Cukup malang nasib mereka disaat mereka cuba untuk memukat, kapal mereka malah hampir tenggelam dan menyebabkan sistem komunikasi rosak dan kapal mereka tidak dapat digerakkan langsung.

Mereka semakin buntu kerana tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan. Tak lama kemudian, sebuah kapal nelayan nampak dari kejauhan. Siobhán, Gerald dan Johnny segera menggunakan kapal pelampung untuk mendekati kapal nelayan itu.

Keanehan semakin menjadi-jadi setelah mereka dapati kapal nelayan tersebut dipenuhi dengan mayat-mayat yang sangat mengerikan bergelimpangan di bawah dek kapal. Sekembalinya mereka ke kapal mereka semula, keadaan menjadi semakin tegang dan mencemaskan apabila Johnny mula berkelakuan aneh dan akhirnya mati apabila kedua matanya tiba-tiba pecah dan memercikkan darah yang sangat banyak!

Apakah yang sebenarnya sedang berlaku?? Adakah kejadian misteri ini berhubung kait dengan binatang misteri yang dijumpai oleh Siobhán tadi ?

Filem ini tersedia di beberapa platform streaming berbayar di US seperti Amazon, Vudu, Apple TV dan Hulu.

TRAILER

 

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI