FILEM SERAM MISTERI THAILAND (SENIOR – 2015)

4.7
(3)

Sememangnya filem-filem seram Thai lama tidak pernah mengecewakan! Salah satunya “SENIOR”. Yang mengisahkan tentang Mon, seorang pelajar convent yang memiliki kemampuan untuk menghidu kehadiran roh-roh yang gentayangan dan roh-roh yang kembali untuk menuntut keadilan terhadap kematian mereka yang tidak dibela.

Macam-macam penampakan roh yang kita akan disajikan dalam filem ini yang pasti mencetuskan pelbagai emosi ketika menonton filem ini, salah satunya penampakan roh wanita yang bunuh diri, roh-roh yang tidak tenang di hospital, roh dalam gambar poster di bawah ini pun ada sekali, dan banyak lagi roh-roh dalam pelbagai bentuk.

Sinematografi, kesan CGI dan solekan yang digunakan untuk menghasilkan roh-roh itu semua memang cukup menarik, ON POINT, terperinci dan nampak realistik!

KISAH BERMULA

Mon adalah pelajar di salah sebuah sekolah convent, Katolik Santa Maria. Dia telah menjadi anak yatim piatu sejak kecil lagi sejak terlibat dalam kemalangan kereta yang meragut nyawa ibubapanya. Hanya Mon yang terselamat dalam insiden itu dan sejak itu jugalah dia mendapati dirinya mempunyai kemampuan untuk menghidu kehadiran roh-roh yang tidak tenang.

Di dalam filem ini, Mon @Adhiti (lakonan Jannine Parawie Weigel) bergabung dengan salah satu roh yang dipanggil Senior Run Phee (lakonan Phongsakorn “Bom” Tosuwan). Senior meminta bantuan Mon untuk menyiasat kematian misteri di sekolahnya dahulu yang merupakan bekas Istana pada 50 tahun lalu yang melibatkan kematian pemilik Istana tersebut, Puteri Panawadee Rasami (lakonan Kara Polasit).

Berdasarkan kisah silam tersebut, pembunuh puteri itu telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman tembak. Dan kini, roh yang didakwa sebagai pembunuh itu telah kembali untuk menuntut keadilan kerana bukan dia yang bunuh puteri tersebut dan meminta bantuan Senior untuk mencari pembunuh sebenarnya.

Kini Mon dan Senior berhadapan dengan pelbagai teka-teki dan misteri yang melibatkan kematian Puteri Panawadee. Bukan hanya satu misteri yang perlu mereka selidik, justeru semakin banyak misteri dan rahsia gelap yang tersembunyi di sebalik kematian itu.

Mon juga mempunyai seorang sahabat yang bernama Ant dimana Ant ini telah melihat Mon berbual dengan Senior. Mon terkejut yang Ant boleh melihat kehadiran Senior dan terus teringat yang Senior ada memberitahu Mon bahawa sesiapa sahaja yang dapat melihat dirinya (Senior), maka orang itu sedang menghampiri ajal mereka.

Tatkala Mon dan Senior sedang sibuk merungkai misteri kejadian di Istana 50 tahun dahulu, Mon dikejutkan dengan kematian kawan baiknya, Ant yang membunuh dirinya.

Apakah yang terjadi seterusnya? Ini anda semua perlu tonton sendiri ok! Hantu² roh² semua tu memang nampak menakutkan sekali terutamanya bila anda tonton filem ini dalam keadaan gelap dan sunyi! Semacam perasaan!

Keseluruhannya, plot dan twist kisah dalam filem ini memang sangat menarik walaupun plot penceritaannya agak perlahan dan pasti anda tidak dapat menjangkakan”Twist” yang disajikan kepada kita. Min bagi 8/10⭐⭐⭐⭐ untuk filem ini.

BERITA BAIK! KINI ANDA BOLEH TONTON FILEM INI SECARA PERCUMA DI SALURAN YOUTUBE. TAIP SAHAJA TAJUKNYA “SENIOR 2015 FULL MOVIE”, PASTI JUMPA.

Jom layan trailer nya dulu guys!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.7 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI