THE VILLAGERS (2018)

5
(5)

Filem aksi thriller dari Korea Selatan yang menceritakan tentang misteri kehilangan seorang pelajar perempuan sekolah menengah. The Villagers membariskan Ma Dong-seok, Kim Sae-ron, Lee Sang-yeob dan Jang Gwang sebagai teraju utama. Filem ini diarahkan oleh Im Jin-sun.

Filem yang cukup memberi kita rasa debar dan bermain dengan fikiran untuk berteka-teki tentang jenayah yang berlaku. Pastinya terdapat kejutan demi kejutan tentang siapa sebenarnya mastermind disebalik segala kejadian aneh yang menimpa-nimpa. Kehilangan dan kematian yang sukar dirungkai. Lakonan lain dari yang lain dipersembahkan oleh Ma Dong-seok.

Awas spoiler :

Gi Cheol (Ma Dong-seok) adalah seorang guru pendidikan jasmani yang baru bertugas di sebuah pekan kecil. Saat dia tiba di pekan tersebut, dia mendapat sambutan dingin.

Salah seorang pelajar perempuannya telah lama menghilang, namun tiada seorang pun yang ambil peduli kecuali teman baik gadis itu iaitu Yoo-jin (Kim Sae-ron) yang bertungkus lumus mencari.

Pihak polis dan pihak sekolah seolah-olah lepas tangan akan hal tersebut. Gi Cheol tanpa sengaja telah terlibat membantu Yoo-jin dan akhirnya mereka menemukan pelbagai perkara misteri.

Sebuah filem jenayah thriller yang masih boleh dilayan, dengan babak aksi yang tidak keterlaluan.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI