KEKAYAAN MELAMPAU SALMAN KHAN BERJUMLAH RM1.6 BILLION

5
(6)

Salman Khan merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia perfileman Bollywood malahan nama besar itu turut dikenali diseluruh dunia. Salman Khan dilaporkan adalah salah seorang selebriti terkaya di India dnegan jumlah kekayaan bersih kira-kira sebanyak USD$ 360juta ataupun RM1.6 Billion.

Menurut laporan The Siasat Daily , Salman Khan meletakkan harga USD$ 1juta (RM4.4juta) untuk sebuah kontrak rancangan televisyen. Jumlah bayaran termahal untuk selebriti India setakat ini.

Sejak dari dahulu lagi, pelakon berusia 55 tahun itu tinggal bersama ibu bapa dan keluarganya di sebuah bangunan apartment mewah di Mumbai.

Sudah 20 tahun lebih Salman Khan tinggal di apartment berkenaan dan dikhabarkan ibu bapanya tinggal di tingkat 1 apartment mewah tersebut manakala Salman Khan tinggal di ground floor. Berikut adalah gambar-gambar dalam kediaman mewah aktor tersebut :

Salman Khan dilaporkan berbelanja berjuta dolar untuk membeli kereta mewah dan motorsikal berkuasa besar.

Menurut laporan Financial Express, Salman Khan mempunyai beberapa koleksi mewah kereta berjenama seperti Range Rover, Audi, dan Mercedes Benz. Motorsikal berkuasa besar miliknya kebanyakannya ialah dari jenama Suzuki dan Yamaha.

Selain kereta dan motorsikal mewah, Salman Khan turut memiliki sebuah vanity van yang cukup mewah yang bernilai jutaan ringgit. vanity van tersebut lengkapn dengan sofa mewah, katil empuk, bilik air , set TV dan pelbagai aksesori lain. Salman Khan membawa vanity van mewahnya ke set penggambaran untuk memudahkan dia menguruskan diri dan merehatkan badan.

Salman Khan yang telah berlakon lebih dari 100 buah filem telah menjadi salah satu lagenda Bollywood. Pelakon itu mula mencipta nama pada awal tahun 90an dan sering muncul dengan filem-filem pecah panggung. Antara filemnya yang sering diingati ialah Karan Arjun, Bajrangi Bhaijan, dan Dabanng. 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI