ABDUCTED : THE MARY STAUFFER STORY (2019)

5
(2)

BERDASARKAN KISAH BENAR PENCULIKAN MARY STAUFFER & ANAKNYA ELIZABETH STAUFFER

Kisah tragis beliau diadaptasikan ke sebuah filem ABDUCTED : THE MARY STAUFFER STORY(2019) yang mana watak Mary dilakonkan oleh pelakon ALYSON HANNIGAN manakala watak MING SEN SHIUE pula dilakonkan oleh HOWIE LAI..

SINOPSIS : 

Akibat terlampau obses dan asyik berfantasi seksual terhadap Cikgu Algebra sekolahnya Mary Stauffer, Ming Sen Shiue bertindak menghendap, menculik Mary Stauffer dan anak perempuannya Elizabeth Stauffer selama 53 hari @ 7 minggu sebelum Mary & anaknya berjaya melepaskan diri…

Ming Sen Shiue, seorang warga Taiwan-Amerika jatuh cinta kepada Mary lalu beliau  berkhayal secara seksual tentang Mary..Apabila bertahun tidak dapat kepuasan dari fantasi itu, Ming bertindak menculik Mary Stauffer ketika beliau keluar dari sebuah salon bersama anak perempuannya…Mary ketika itu dalam perancangan dengan suaminya untuk satu perjalanan misi bersama..

Ketika penculikan berlaku terdapat seorang budak lelaki bernama Jason yang melihat kejadian tersebut malangnya Jason juga dipaksa masuk ke dalam bonet kereta bersama Mary dan Elizabeth..

Ketika perjalanan Ming memberhentikan kenderaanya dan seterusnya membawa Jason keluar dan meninggalkannya entah dimana.. Apa yang terjadi kepada Jason akhirnya diketahui apabila Jason juga telah mati dibunuh oleh Ming..

Mary dan Elizabeth dibawa ke rumah Ming dan dikurung diruangan almari didalam bilik Ming dan mengugut akan membunuh ahli keluarga Mary yang lain jika cuba untuk melarikan diri atau meminta pertolongan sesiapa..

Mary dipaksa untuk melakukan interview video dan Ming menjelaskan mengapa beliau menculik Mary..Mary dipaksa untuk melayan Ming dari segi hubungan seksual sama seperti Mary melayan suaminya..Jika Mary menolak, anaknya akan menjadi mangsa..Mary dirogol berkali-kali tanpa pengetahuan anak perempuannya..

Kekuatan Mary adalah untuk melindungi anak perempuannya juga supaya tidak diganggu oleh Ming..Percubaan demi percubaan Mary lakukan untuk menyelamatkan dirinya tetapi gagal kerana tiada siapa mendengar tetapi Mary tetap tidak berputus asa kerana Mary yakin Tuhan pasti akan membantu mereka..

Setelah 53 hari terkurung, Elizabeth dibenarkan untuk tonton televisyen bersama Mary ketika Ming keluar bekerja dan ketika itulah Mary sekali lagi bertindak cuba melarikan diri bersama anaknya dengan merosakkan tali yang diikat ke pintu sekaligus membolehkan Mary dan Elizabeth bergerak..

Mary terus menelefon pihak polis dan segera meminta bantuan..Mary dan Elizabeth bersembunyi dibelakang RV milik Ming sebelum diselamatkan oleh pihak polis manakala Ming terus ditangkap pada hari yang sama..

KISAH BENAR :

Ming seterusnya menjadi lebih dendam setelah ditangkap pihak berkuasa dan sanggup mengupah banduan lain didalam penjara sebanyak $50000 untuk membunuh Mary tetapi rancangannya gagal apabila banduan tersebut menceritakan hal itu kepada pihak FBI..

Tidak hanya plan mengupah banduan lain untuk membunuh Mary, ketika prosiding di mahkamah juga Ming bertindak mengelar wajah Mary dan menyebut ‘Jika Aku Keluar Dari Penjara Aku Akan Cari Kau Semula..Jika Kau Mati Aku Akan Cari Anak Perempuan Kau’!

Ming dijatuhkan hukuman 40 tahun dan penjara seumur hidup tanpa dibenarkan parol kerana boleh mengancam nyawa Mary dan anaknya semula..Pada tahun 2016 Ming sekali lagi cuba memohon untuk parol tetapi ditolak..

Manakala Mary hidup bahagia bersama suaminya Irve di suatu tempat terpencil dan anak perempuannya Elizabeth telahpun berkahwin..

Korang boleh tonton trailer dibawah :

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!