ASURAN (2019) – DENDAM DAN PERTUMPAHAN DARAH

5
(5)

ASURAN merupakan antara filem Tamil terbaik untuk tahun 2019. Filem yang berlatarkan tahun 1970an ini diarahkan oleh pengarah terkenal untuk industri perfileman Tamil iaitu Vetrimaaran.  ASURAN telah mengangkat namanya di Anugerah Filem Kebangaaan dan beberapa anugerah berprestij lain di India. Filem aksi drama ini menyajikan persembahan terbaik dari Dhanush. Dhanush memenangi gelaran kedua untuk Pelakon Filem Terbaik di Anugerah Filem Kebangaaan untuk lakonannya dalam filem ASURAN. 

Selain Dhanush, filem ini turut dibintangi oleh nama-nama besar seperti Manju Waria, Pasupathy, dan Prakash Raj.

Ternyata pengarah filem ini berjaya membawa penonton bersama-sama menghayati kesusahan dan penderitaan keluarga Sivasami (Dhanush).  Sebuah filem aksi drama yang berjaya mengikat penonton di depan skrin sejak dari awal hinggalah ke akhir. Kekuatan utama filem ini adalah persembahan luar biasa para pelakonnya, plot yang sangat-sangat menarik dan pembawaan emosi yang sampai ke hati setiap penonton. Pastinya setiap penonton dapat merasa hubungan emosi dengan setiap karakter dalam filem ini. Muzik latar dan lagu latar bagi filem ini amat berjaya membangkitkan seribu rasa dalam hati penonton.

Awas spoiler :

Cerita yang sarat pengajaran, kasih sayang dan pengorbanan seorang ketua keluarga.

Sivasami(dhanush) menyelusuri hutan bersama anaknya chidambaram untuk lari menyelamatkan diri dari buruan. Sementara isteri Sivasami dan anak perempuannya berlindung di rumah kenalan di salah sebuah kampung.

Bersembunyi merata-rata mereka sekeluarga, demi mencari perlindungan dan lari dari pertumpahan darah yang Seterusnya.

Sebelum kekacauan, sebelum berbunuhan, keluarga Sivasami hidup bahagia walaupun mereka serba kekurangan. Sivasami memiliki sebidang tanah, cukup lah untuk memberi makan dia dan keluarga kecilnya.

Sayang seribu kali sayang, usaha Sivasami selama ini untuk hidup menunduk ke tanah, dihancurkan oleh anaknya. Anak-anak muda, darah panas, masih belum tahu erti kehidupan, erti susah, erti pengorbanan.

Perbezaan kasta, politik kampung, diskriminasi dan penghinaan membuatkan anak sulung Sivasami hilang pertimbangan.

Saksikan, dendam keluarga,mencari kebenaran, keadilan,dan kebahagian.

Sarat pengajaran, penuh emosi.

Pastinya sebuah masterpiece, antara cerita terbaik sepanjang zaman.

ASURAN 9.5/10

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI