Silence 2016

4
(1)

 

Silence 2016

 

Sebuah filem yang diarahkan oleh Martin Scorsese dan telah ditangguh selama 25tahun sebelum produksi bermula pada tahun 2014.

 

Filem mengenai penyebaran agama Kristian di Jepun sekitar kurun ke-17.

 

Cerita bermula dengan paderi Ferreira(Liam Neeson), yang telah mendidik paderi Rodrigues(Andrew Garfield) dan paderi Garupe(Adam Driver), yang berada di Jepun untuk menyebarkan kepercayaan Kristian, menyaksikan penyeksaan ke atas penganut-penganut kristian.

 

Rodrigues dan Garupe kemudian menawarkan diri mereka untuk mencari Ferreira selepas menerima suratnya.

 

Mereka berdua sampai ke Macau dahulu dan menemui Kochijiro, seorang penganut Kristian yang telah melarikan diri dari Jepun. Dengan bantuan Kochijiro, Rodrigues dan Garupe sampai ke perkampungan Tomogi dan menemui dengan penganut-penganut Kristian yang bersembunyi.

Filem selama 2jam 40min, long story short, tak nak spoiler, ia adalah mengenai conflict of faith antara agama Kristian dan Buddha. Lakonan Andrew Garfield memang baik, dan perbahasan antara Rodrigues dan Inoue-sama gunakan bahasa yang lembut tapi sayangnya tidak cukup dan terlalu ringkas kerana diri saya harapkan dialog antara mereka lebih mendalam lagi.

 

Walaupun diri saya tidak memegang atau menganut apa2 agama, pada pengakhiran filem ini hanya ada satu perkara saja di dalam minda saya :

 

Betapa indahnya Malaysiaku ❤️

 

https://m.facebook.com/groups/629442114112350/permalink/1809601442763072/

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI