HOMUNCULUS (2021)

5
(3)

Homunculus (2021)

GENRE: Psycho, Horror

Platform : Netflix

Mungkin ramai yang telah menonton Homunculus. Movie ni adaptasi dari manga hasil illustrasi Hideo Yamamoto.

Dalam movie, cerita ni ke arah dark fantasy psycho-thriller. Not recommended ditonton bersama keluarga. Ada adegan keganasan seksual walaupun beberapa visual yang mengganggu tu dibuat secara CGI. Warna visual dalam movie ni agak bagus juga dan senimatografi menarik.

SINOPSIS

Kisah ini berkisar tentang Susumu Nokoshi, seorang lelaki berusia 34 tahun yang pernah bekerja di sebuah syarikat asing terkemuka, tetapi kini dia sudah berputus asa, dan menjadi seorang gelandangan di sebuah taman di Shinjuku bersama orang lain yang mempunyai nasib yang sama.

Pada suatu malam, dia bertemu dengan seorang pelajar perubatan Manabu Ito, yang yang kebetulan sedang mencari sukarelawan untuk menjalani prosedur pembedahan yang dikenali sebagai trepanasi, pada dasarnya mempunyai lubang yang digerudi di tengkorak mereka. Hal ini akan membuatkan seseorang itu berpotensi untuk melepaskan potensi terhad otak mereka. Nokoshi pada mulanya keberatan, tetapi akhirnya bersetuju dengan prosedur untuk 700,000 yen.

Selepas pembedahan, dia menyedari bahawa apabila dia menutup mata kanannya, dia dapat melihat orang dalam keadaan pelik dan melihat sisi gelap seseorang iaitu tauma yang dialami oleh mereka. Nokoshi mula berkomunikasi dengan orang ramai, untuk menyelamatkan dan membantu orang lain.

TRAILER

 

 

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI