THE DEEP HOUSE (2021)

4.5
(8)
LAKONAN
Camille Rowe
James Jagger
Erics Savin

Deep house mengisahkan pasangan Youtuber Ben lakonan James jagger dan Tina lakonan Camille Rowe yang sering mencari penempatan / rumah yang telah ditinggalkan di kawasan yang terpencil  di sekitar eropah.

pada 1 hari, mereka pergi ke sebuah tasik buatan di barat daya Perancis. setelah mereka sampai di kawasan tersebut mereka cuma menemui tasik yang penuh dengan pengunjung berkelah dan mandi di tasik tersebut. Ben sangat kecewa, Tina memujuk Ben untuk rehat di tasik tersebut sebagai pengunjung.

Semasa Ben sedang membelikan air untuk Tina, Ben telah berkenalan dengan penduduk tempatan Pierre lakonan Eric Savin. Pierre menawarkan diri untuk membawa mereka ke tasik terpencil di hutan Chateloup. Pierre menyatakan di situ terdapat sebuah penempatan yang telah ditenggelamkan ada tahun 1984. di sebabkan penempatan tersebut seringkali berlakunya banjir dan kemusnahan, penduduk kampung tersebut telah diarahkan keluar dari penempatan tersebut dan penemptan tersebut pun tenggelam .

Pierre  membawa Ben dan Tina ke tempat berdekatan yang dimana di bawah tasik tersebut mempunyai rumah agam. Pierre mengatakan rumah agm tersebut masih terpelihara, kukuh dan masih cantik.

Setelah Ben dan Tina menyelam selama beberapa minit, mereka sampai ke rumah agam yang dikatakan oleh pierre. Setelah masuk ke kawasan rumah agam tersebut Tina menjadi pelik sekitar kawasan rumah tiada seekor ikan pun berenang.

Mereka berdua mencari jalan masuk untuk masuk kedalam rumah tersebut mereka tidak dapat masuk ke pintu utama kerana pintu rumah tersebut dikunci. mereka cuba mencari pintu atau tingkap yang boleh dibuka tetapi malangnya semua pintu dan tingkap di rumah itu telah dikelilingi besi dan ada juga yang telah ditutup dengan batu yang telah disemen.

Setelah berenang di sekitar, Ben menjumpai sebuah tingkap yang boleh dibuka, mereka masuk ke dalam rumah agam tersebut. Tina berasa sangat pelik dengan keadaan rumah tersebut. Rumah itu kelihatan sangat terpelihara tiada seekor ikan pun didalam rumah. keadaan perabot di dalam rumah tersebut sangat baik.

Ben dan Tina menyelam di dalam rumah itu dari satu ruang ke satu ruang, dari satu bilik ke satu bilik. Sehingga laa mereka menjumpai bilik yang penuh dengan artikel, poster, dan gambar kanak- kanak yang hilang di kawasan perkampungan tersebut.

Di dalam bilik tersebut mereka ternampak sebuah pintu yang mempunyai lukisan / lambang pemujaan. Merka masuk ke bilik tersebut lalu menjumpai sepasang mayat tergantung diikat dengan rantai besi.

mereka cuba melarikan diri tetapi tingkap tempat mereka masuk telah tertutup dengan tembok batu. Ben dan Tina panik dan cuba mencari tempat keluar yang lain.

kerana kejadian itu, bermula lah kejadian-kejadian aneh yang berlaku keatas Ben dan Tina.

Apakah akan berlaku kepada Ben dan Tina? Apakah kejadian pelik yang berlaku kepada Ben dan Tina? Apakah yang berlaku didalam rumah tersebut? adakah Pierre dalang dalam semua kejadian yang berlaku keatas Ben dan Tina?

Film ini membuatkan kita cemas kerena 95% scene adalah dalam air, tempat tertutup, gelap, dan jump scare yang kita tak boleh nak agak.

RATE 8.5/10

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 8

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI