THE PERFECT STORM

5
(2)

Walaupun dah kali ke-3 layan filem ini, ia masih membuatkan airmata I berjuraian. Kisah yang dipaparkan dalam filem ini penuh emosi, penuh dramatik, epik dan klasik! Ia juga merupakan filem pertama yang I layan “Based on True Story” dan sehingga ke hari ini pun, ia masih menjadi salah satu filem yang paling menyedihkan dan sangat-sangat menyentuh hati.

Walaupun tanpa kesan CGI yang berlebihan, filem ini berjaya memberi impak yang sangat asli dan realistik.

Nor’easter, dari 26 Oktober hingga 1 November 1991, satu ribut besar telah melanda Pantai Timur Laut Pulau Sable ketika kapal Andrea Gail sedang mengembara dari Nova Scotia ke Florida. Angin ribut yang MAHA DAHSYAT itu mencapai sehingga120 km sejam bersama ombak gergasi setinggi 100 kaki menyebabkan ombak bergelora begitu ganas, dengan bot yang bergoyang-goyang dari sisi ke sisi hingga air yang membanjiri kapal tersebut dan menerbalikkan nya, akhirnya Captain Billy Tyne (Lakonan George Clooney) bersama 12 kru-kru yang lain termasuk 6 anak kapal yang menaiki bot nelayan Andrea Gail lemas dan terkorban.

Selama 10 hari pencarian dilakukan namun tidak berhasil menemui sebarang saki bakinya. Sehingga ke hari ini pun, kapal dan anak-anak kapalnya, tidak pernah ditemui.

Dalam filem ini, terlalu banyak babak-babak yang cukup mendebarkan dan boleh buat kita rasa sesak nafas bersama terutama di saat² akhir mereka sebelum kapal mereka tenggelam. Babak yang mana mereka kena serang ikan jerung pun, aduh cukup suspen! Haih macam-macam lagi babak-babak yang sangat mengilukan dan menakutkan!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Aireen

Aireen

❤️Movie lover, food lover..live life to the fullest!❤️