Senarai 10 Pelakon Lelaki India Paling Kaya Pada Tahun 2023, Shah Rukh Khan Merajai Takhta

5
(1)

Industri perfileman India terkenal dengan penceritaan penuh dramatik dengan pelbagai genre yang menghiasi setiap filem. Ramai anak muda mencipta angan-angan mahu melangkah ke dunia perfileman India, tetapi yang benar-benar bertuah sahaja boleh meneruskan kerjaya dan bersinar terang di dunia penuh glamor tersebut. 

 

Industri perfileman India menerbitkan lebih dari 1500 buah filem dalam setahun dan mampu menjana pendapatan box office yang mencecah ratusan juta dollar. Sepanjang tahun 2023, ramai bintang ternama dari India berjaya mengaut kekayaan dan mengumpul harta melalui bakat lakonan mereka dan cabang-cabang lain dalam dunia hiburan dan juga dunia perniagaan. Berikut ini adalah senarai 10 orang pelakon lelaki paling kaya di India. 

 

10. Rajinikanth

Bintang filem lagenda yang juga digelar sebagai “Thailavar” ini bukan sahaja permata dalam industri perfileman India Selatan, nama besar ini dikenali di seluruh dunia dan Rajinikanth adalah antara pelakon yang sangat dihormati di India. Pelakon ini mempunyai jumlah kekayaan sebanyak USD $55 juta atau RM 255 juta, manakala bayaran yang diterima untuk sesebuah filem adalah sebanyak RM16.8 juta. 

 

9. Akkineni Nagarjuna

Pelakon terkenal dari Selatan India ini telah membintangi lebih dari 100 buah filem. Pelakon ini dikenali dengan penampilan-penampilan heroik yang dibawanya dalam filem-filem Telugu. Bukan sahaja berlakon filem, Akkineni Nagarjuna yang serba boleh ini juga turut menjadi pengacara TV, produser dan juga ahli perniagaan. Jumlah kekayaan yang dikumpulnya adalah USD $123 juta atau RM565.8 juta. Bayaran yang diterima untuk sesebuah filem adalah antara RM5 juta ke RM7 juta. 

 

8. Kamal Haasan

Kamal Haasan telah lama mencipta nama dalam industri perfileman India, pelakon dengan nama besar ini adalah antara pelakon paling berpengaruh di India Selatan khususnya. Antara watak ikonik yang pernah dibawanya adalah dalam filem-filem berikut “Nayakan” (1987), “Indian” (1996), “Hey Ram” (2000), “Virumaandi” (2004), dan “Dasavathaaram” (2008). Selain berlakon, Kamal Haasan juga terlibat sebagai penulis skrip, penari, penyanyi latar, ahli politik dan juga penulis lirik. Bukan hanya berlakon dalam filem-filem Tamil, pelakon lagenda ini juga turut tampil dalam filem-filem Hindi, Malayalam, Telugu, Bengali, dan Kannada. Jumlah kekayaan terkumpul adalah RM 230 juta dengan bayaran untuk sesebuah filem sebanyak RM14 juta. 

 

7. Ram Charan

Pelakon filem Telugu ini memang terkenal dengan penampilan bergaya, tarian mengasyikkan dan wajah yang tampan. Lahir dalam keluarga pelakon lagenda yang kini bergelar ahli politik iaitu Chiranjeevi, penglibatan Ram Charan dalam dunia lakonan menolak stigma nepotisme hanya bersandarkan nama dan rupa. Pelakon ini membuktikan bakatnya melalui filem pertamanya iaitu “Chirutha” (2007) yang menyaksikan pelakon ini memenangi anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik pada tahun tersebut. Mengumpul jumlah kekayaan sebanyak RM814.2 juta dan menerima bayaran untuk sesebuah filem sebanyak RM7 juta. 

 

6. Aamir Khan

Mohammed Aamir Hussain Khan atau lebih dikenali sebagai Aamir Khan ini adalah antara salah seorang pelkon Hindi yang paling terkenal. Antara pelakon yang menghiasi industri Bollywood dengan lakonan-lakonan mantap yang tidak perlu diragukan lagi. Filem-filem terbaiknya seperti  “Lagaan,” “Fanaa,” “Rang De Basanti,” “Ghajini,” “3 Idiots,” “Dhoom 3,” “PK,” dan “Dangal” masih menjadi bualan hingga kini. Aamir Khan mengumpul kekayaan sebanyak RM966 juta dan menerima bayaran lumayan untuk sesebuah filem iaitu sebanyak RM28 juta ke RM39 juta. 

 

5. Salman Khan

“Sallu Mia” atau “Bhaijan” Bollywood ini mempunyai peminat tersendiri di seluruh dunia. Pelakon berpengaruh ini sudah bertapak dalam industri perfileman India selama berdekad-dekad namun peminatnya tidak pernah berkurang. Pelakon kacak yang masih lagi membujang dan belum pernah mendirikan rumah tangga ini mengumpul harta kekayaan sebanyak RM 1.4 billion dan menerima bayaran sebanyak RM42 juta beserta bayaran untuk peratus keuntungan filem-filem tersebut. 

 

4. Akshay Kumar

Suami kepada Twinkle Khanna ini juga berjaya mencairkan hati ramai wanita di seluruh dunia. Akshay Kumar mempunyai tempatnya tersendiri dalam industri perfileman India dan menjadi rebutan ramai pengarah terkenal. Telah membintangi banyak filem lagenda dan terkenal seperti “Dhadkan” (2000) dan “Namastey London” (2007) serta terlibat dalam banyak cabang perniagaan dan bidang hiburan lain, Akshay Kumar telah mengumpul kekayaan sebanyak RM1.6 billion dan menerima bayaran untuk sesebuah filem sebanyak RM14 juta. 

 

3. Hrithik Roshan

Pelakon yang digelar sebagai “Duggu” oleh para peminat setianya ini telah menggegarkan dunia dengan kemunculannya dalam filem pertamanya bersama Amisha Patel iaitu “Kaho Naa… Pyaar Hai” (2000), sebelum itu Hrithik Roshan pernah muncul sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem “Asha” (1980). Pelakon ini mengumpul kekayaan sebanyak RM1.7 billion dan menerima bayaran sebanyak RM28 juta untuk sesebuah filem beserta dengan peratusan keuntungan filem tersebut. 

 

2. Amitabh Bachchan

Pelakon filem legenda yang tidak perlu diperkenalkan lagi ini merupakan antara figura paling berpengaruh di India. “Big B” adalah antara pelakon paling ikonik dalam sejarah perfileman India. Membintangi filem-filem lagenda seperti “Zanjeer” (1973), “Deewaar” (1975), “Sholay” (1975), “Amar Akbar Anthony” (1977), “Don” (1978), “Shahenshah” (1988), “Mohabbatein” (2000), “Black” (2005), “Piku” (2015), dan banyak lagi. Telah membintangi lebih dari 200 buah filem, pelakon lagenda ini mengumpul kekayaan sebanyak RM1.8 billion dan menerima bayaran sebanyak RM3.4 juta untuk sesebuah filem. 

 

1. Shah Rukh Khan

Nampaknya pada tahun 2023, Raja Bollywood iaitu Shah Rukh Khan masih mengungguli carta teratas sebagai pelakon paling kaya di India. Shah Rukh Khan bukan sahaja berjaya meletakkan namanya sebagai pelakon paling kaya di India, nama besarnya juga tersenarai sebagai antara pelakon paling kaya di dunia. Kebelakangan ini Shah Rukh Khan semakin aktif berlakon filem dan kerap tampil dalam filem-filem terbaru yang menyaksikan kejayaan box office yang sangat hebat. Pasti anda masih mengingati watak-watak hebatnya dalam filem “Baazigar” (1993), “Dilwale Dulhania Le Jayenge” (1995), “Devdas” (2002), “Swades” (2004), “Chak De! India” (2007), “My Name Is Khan” (2010), dan juga “Raees” (2017). Pelakon yang dianggap sebagai living legend ini mengumpul harta kekayaan sebanyak RM3.5 billion dan RM14 juta untuk sesebuah filem. 

 

Kejayaan mereka datang dengan jerih perih yang sukar digambarkan. Pengorbanan yang besar diperlukan untuk mencipta nama dan meletakkan nama sebaris dengan pelakon-pelakon handal lain di serata dunia! 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI