KISAH BENAR MISTIK TURKI (HUDDAM 2 – 2019)

4.7
(7)

Hüddam 2 sebuah filem bertema Mistik/Sihir Turki, BERDASARKAN DARI KISAH BENAR menceritakan kisah Fatma seorang gadis yatim piatu yang bisu, dirogol oleh abang sepupunya kemudian bila Fatma telah mengandung, Fatma diseksa dan ditendang sehingga bayi dalam kandungannya meninggal.

Fatma yang sejak lahir telah menjadi yatim piatu setelah Ibunya meninggal dunia ketika cuba untuk melahirkannya dan kemudian ayahnya pula bunuh diri setelah kematian ibunya. Satu tragedi yang sangat menyayat hati.

Kelahiran Fatma di dunia menjadi satu kebencian kepada bapa saudaranya iaitu Recep, adik kepada ayah Fatma. Recep menganggap Fatma adalah punca kematian abangnya. Dan sejak itu Fatma dibesarkan tanpa kasih sayang, sehingga dia membesar dan hidup berseorangan di satu kawasan terpencil.

Walaupun begitu, Fatma yang dilahirkan dalam keadaan cacat (bisu), dia tetap membesar dan tumbuh menjadi seorang gadis yang sihat, ceria dan bijak serta mempunyai kemahiran mereka dan menjahit anak patung untuk dijual di kedai di pekan. Kemahiran yang dimilikinya digunakan oleh keluarga bapa saudaranya, mereka ambil hasil jualan anak-anak patung tersebut dan hanya memberi nasi dan lauk sebagai ganti.

Setiap hari, abang sepupu Fatma akan datang mengutip anak-anak patung itu untuk dibawa ke pekan untuk dijual.

Suatu hari entah hantu apa yang merasuk abang sepupunya membuatkan nafsu serakah abang sepupunya terangsang dan Fatma yang ketika itu sedang mandi, telah dicerobohi oleh abang sepupunya dan kemudian Fatma dirogol disitu juga.

Setelah 4 bulan berlalu, ibu saudaranya Suna mendapat tahu yang anak lelakinya telah menyebabkan Fatma hamil. Dan ini menyebabkan bapa saudaranya Recep naik berang memukul anak lelakinya dan kemudian pergi ke rumah Fatma untuk menyuruh Fatma menggugurkan kandungannya, namun Fatma tidak bersetuju.

Recep semakin marah dan menendang perut Fatma sehingga berlumuran darah dan mengakibatkan bayinya telah meninggal dunia.

Fatma kemudian lari dalam keadaan berlumuran darah menuju ke rumah nenek bidan Songül yang selalu membantu dia sejak dia kecil lagi untuk meminta bantuan bagi menyelamatkan bayinya tidak kira apapun yang terjadi.

Tanpa berfikir panjang dan kerana kasihnya terhadap Fatma, Songül membawa Fatma ke suatu tempat untuk melakukan satu ritual/upacara yang dipanggil sebagai “Hüddam” untuk membawa bayi itu kembali ke dunia. Yang kemudian, bayi yang dihidupkan ini telah menjadi mimpi ngeri bagi mereka yang telah membunuhnya dan mencederakan Ibunya , Fatma.

Bagaimanakah kisah selanjutnya? Anda perlu tonton sendiri di YouTube secara percuma! Taip sahaja tajuk penuhnya, anda pasti jumpa! USAHA TANGGA KEJAYAAN! ^_^

REVIEW RINGKAS

Best cerita ini! Min bagi 8/10⭐⭐⭐⭐

Kisah penceritaan dia lebih menarik dari SICCIN (bagi min) walaupun tidak seseram SICCIN. Kisah ini tidak perlu menampilkan kemunculan jin sana jin sini pun sudah membuatkan cerita ini membuatkan emosi kita tersentuh! Kerana ia dari KISAH BENAR membuatkan lagi jalan ceritanya sangat menarik, sangat terperinci dan perlukan penghayatan dan fokus yang penuh untuk 15 minit terakhir filem ini agar anda boleh faham apa maksud akhir kisah filem ini.

Jujur, filem ini mungkin menarik bagi sesetengah orang, tetapi ia juga boleh menyebabkan peminat genre seram yang lain menjadi bosan dan hilang fokus dengan kisah yang cuba disampaikan. Namun min tetap mengesyorkan anda semua yang meminati karya-karya dari Turki yang mengaitkan perbuatan mistik dan kehidupan mereka untuk menonton filem Hüddam 2 ini. Kerana banyak babak-babak menarik dan mengejutkan selepas ritual Huddam tersebut dilakukan. Memang menarik!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.7 / 5. KIRAAN BINTANG 7

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI