KENALI ARPITA KHAN SHARMA

5
(4)

Arpita Khan Sharma merupakan adik kesayangan Salman Khan. Wanita itu bukan sahaja kesayangan Salman Khan sorang sahaja,malah disayangi oleh seluruh keluarga Khan.

Menariknya tentang asal usul wanita ini ialah,dia tidak berkongsi sebarang pertalian darah dengan keluarga Khan tersebut. Namun kasih sayang mereka tampak sangat erat melangkaui segalanya.

Terdapat sumber mengatakan bahawa Salman Khan adalah insan yang bertanggungjawab mengambil Arpita sebagai anak angkat dalam keluarga Salim Khan. Namun, terdapat juga khabar angin yang mengatakan ibu tiri kepada Salman Khan iaitu Helen yang telah mengambil Arpita di jalanan kerana kasihan melihatnya meraung menangis ketika itu. Lebih dramatik ,terdapat beberapa sumber media yang melaporkan ibu kandung Arpita didapati meninggal dunia di jalanan.

Arpita pastinya sangat bernasib baik kerana telah dijumpai oleh keluarga Khan dan telah dibawa masuk ke dalam keluarga mereka. Salman Khan, Arbaaz Khan dan Sohail Khan dilihat sering memanjakan Arpita dan sering diberi perhatian sejak wanita itu masih kecil sehingga sekarang sudah menjadi ibu kepada dua orang cahaya mata.

Salman Khan dan keluarganya dilaporkan berbelanja jutaan ringgit untuk merealisasikan perkahwinan adik perempuan kesayangan mereka. Antara perkahwinan gilang-gemilang yang paling diingati dan dihadiri oleh tetamu-tetamu kenamaan tersohor. Arpita Khan telah berkahwin dengan anak seorang ahli perniagaan dan ahli politik berpengaruh di India. Suaminya Ayush Sharma kini sedang mendaki tangga mencipta nama di Bollywood,pastinya dengan bantuan dari abang iparnya Salman Khan.

Arpita dalam satu temu ramah pernah menyatakan bahawa dia tidak perlu runsing tentang duit dan kehidupan kerana dia boleh meminta apa sahaja dari abang-abangnya terutamanya Salman Khan. Salman Khan dilaporkan telah menghadiahkan sebuah rumah mewah 3 BHK yang bernilai jutaan ringgit kepada Arpita sebagai hadiah perkahwinan.

Ternyata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI