BERDASARKAN KISAH BENAR “ANKUR ARORA MURDER CASE”

4.3
(3)

BERDASARKAN KISAH SEBENAR-

“Bayangkan..Seorang ibu menyaksikan anak kecilnya dibawa ke bilik pembedahan namun setelah itu tidak pernah kembali lagi..”

Dr Asthana (Lakonan Kay Kay Menon), merupakan seorang pakar bedah yang terkenal disebuah hospital bertaraf 7 bintang. Dia dianggap sebagai seorang doktor yang sangat sombong dan angkuh kerana kredibiliti dan namanya yang dikenali.

Namun, kerana satu kecuaiannya hingga meragut nyawa seorang anak kecil, dia sanggup memutar belit kenyataan laporan perubatan anak kecil itu bagi menutup kesalahannya.

Bukan itu sahaja, dia juga dengan bangganya memberitahu doktor-doktor praktikal yang “Perubatan bukan tentang kesembuhan dan menyelamatkan nyawa, tetapi juga menjana pendapatan! Siapa yang akan bayar bil hospital kalau tiada yang mampu membayarnya?? Sudah tentu orang kaya kan!!” – begitulah kata-katanya yang penuh dengan keangkuhan dan tidak berasa bersalah langsung!

 

Dan lagi satu …. Bukan main hebat lagi dia menyamakan dirinya seperti TUHAN‼️” I AM A GOD”‼️ Sambil dia menjerit! Hisshhh marah dan geram betul sis ketika ini!

 

Ini kali kedua sis tonton filem ini namun airmata masih tetap bergenang kerana sis juga seorang ibu..tidak dapat sis bayangkan jika sis yang berada di tempatnya.

Filem yang WAJIB dan selayaknya ditonton apatahlagi ia berdasarkan dari peristiwa sebenar. Penuh emosi, sedih, pilu, menyayat hati!

Terutama di babak-babak antara si ibu dan anak lelakinya yang dah tidak bernyawa lagi…babak-babak dimana salah seorang doktor junior mendapati ada kejanggalan dengan laporan perubatan Dr Asthana itu..dan macam-macam plot yang boleh dikatakan sangat menggugat emosi kita apatahlagi yang bergelar mak-mak ni..sediakan tisu je la ye!?

Apa yang sis boleh katakan, kisah penceritaan dan skrip digarap dengan baik sekali sehingga mampu mencengkam perasaan kita sebagai penonton walaupun untuk 30 minit pertama jalan penceritaannya agak bermelodrama.

Kisah ini juga memberi pengajaran kepada semua insan yang berada di profesion perubatan ini, wajib dan mesti bersikap jujur dalam setiap tindakan kita kerana ini melibatkan nyawa manusia.

Apapun, cukup mengagumkan dan rasa hormat sangat kepada doktor intern dalam filem ini yang tidak “menegakkan benang yang basah” sehingga sanggup mempertaruhkan masa depan kerjayanya mereka..semua demi kebenaran!

Personal rating 8/10⭐⭐⭐⭐

FILEM INI ANDA BOLEH TONTON SECARA PERCUMA MELALUI SALURAN YOUTUBE. TAIP SAHAJA TAJUKNYA PASTI JUMPA.

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.3 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI