The Effect Of A Finger Flick On Breakup

5
(2)

Title: The Effect Of A Finger Flick On Breakup

 

Release Date: November 2021

The Effect Of A Finger Flick On Breakup sebuah filem yang mengetengahkan tentang sedikit sahaja kesilapan ataupun hal remeh juga akan membuatkan sesebuah hubungan akan musnah. Sepasang kekasih yang cuba untuk berpisah bukanlah kerana orang ketiga tetapi kerana hal- hal yang remeh

Mengisahka Oh Jin seorang wanita yang mahu perhatian dan kasih sayang dari kekasihnya Cha Min Jae. Tetapi sayangnya sikap Cha Min Jae yang sedikit mementingka diri dan kurang menunjukkan kasih sayangnya kepada Oh Jin. Dengan keadaan itu Oh Jin tidak tahan dan ingin berpisah dengan kekasihnya

Semasa mereka dalam proses untuk berpisah Oh Jin meminta Cha Min Jae melihat kembali kesalahannya tetapi Oh Jon dipersalahkan kerana Cha Min Jae menganggap Oh Jin mempunyai lelaki lain.

Seperti pasangan lain, seorang wanita juga memerlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang lelaki. Seorang lelaki juga perlu mengekspresikan bahawa mereka juga menyayangi pasangannya.

Saksikan The Effect Of Finger Flick On Breakup lakonan Shin Ye Eun sebagai Oh Jin dan Kang Tae Oh sebagai Cha Min Jae.

TRAILER

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI