GONE TOO SOON

0
(0)

Brandon Lee, dilahirkan pada 1hb Febuari 1965. Beliau mengikuti jejak ayahnya Bruce Lee dengan mempelajari seni pertahankan, Brandon juga memasuki Lee Strasberg Theatre and Film Insitute.

Pada tahun 1986, Brandon yang berlakon dalam filem Kung Fu : The Movie telah menarik perhatian seorang producer untuk filem Hollywood.

Selepas dua filem tidak dapat sambutan ramai, Brandon diberi peluang untuk membintangi The Crow. Namun, penggambaran The Crow seperti disumpah kerana ada kes tukang kayu yang hampir kena eletrik, seorang pembina tertembuk pemutar skru ke dalam tangan, sebuah kereta merempuh set penggambaran, dan ribut melanda set filem.

Dalam babak The Crow ditembak, Brandon terkorban apabila sebutir peluru ‘blank’ ditembak dari ‘prop gun’. Peluru ‘blank’ tidak sepatutnya berada di dalam prop gun.

Akibat ditembak, 2 arteri Brandon dipotong dan serpihan peluru tergores tulang belakangnya. Selepas 6jam pembedahan, akhirnya Brandon meninggal dunia.

Sebelum itu, Brandon menemui Eliza Hutton semasa dia bekerja sebagai penolong peribadi Brandon. Mereka sepatutnya berkahwin pada 17hb April 1993, seminggu selepas penggambaran The Crow habis.

 

Tahukah anda :

1. Pada usia 8, Brandon dilatih oleh Dan Inosanto, murid Bruce Lee. Tetapi Brandon tidak menumpuhkan perhatian kerana gambar-gambar Bruce Lee di gym. Justeru itu, Brandon berhenti melatih di sana pada usia remaja.

2. Selain Jeet-Kune Do, Brandon berlatih seni Eksrima dan juga Silat. Dia juga menerima sijil penghargaan untuk tinju Thai.

3. Shannon Lee, adalah adik perempuan Brandon

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI