Ahmad Idham Dilantik Sebagai Setiausaha Kebudayaan

0
(0)

Ahmad Idham Dilantik Setiausaha Kebudayaan?

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilantik sebagai Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Luar Negeri berkuatkuasa, 1 NOV 2021

Selain itu Geng Ahmad Idham, penerbit dan pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof pula dilantik sebagai Perunding Kreatif.

Sama-sama naik ye. Siapa bawa geng dapat jawatan

 

Saifuddin berkata, Ahmad Idham dilantik kerana berpengalaman luas selama 25 tahun dalam industri kreatif, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018.

Ahmad Idham dilantik kerana berpengalaman luas selama 25 tahun dalam industri kreatif, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018.

Pengumuman itu dilakukan Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra, Putrajaya, 1 Nov 2021

“Pelantikan mereka selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia. Ia bagi tujuan mewujudkan kaedah baharu mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan, di samping memaparkan nilai kepelbagaian budaya serta menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.

“Bagi mempromosikan Diplomasi Budaya Malaysia, Jawatankuasa Seni & Budaya (ARCA) akan ditubuh di bawah Pejabat Menteri untuk mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara.

“Saya yakin bahawa Ahmad Idham dan Eizlan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan dedikasi dan jayanya,” kata Saifuddin.

Apa Kata anda Layak ke Ahmad Idham memegang jawatan tersebut,dengan pengalaman dalam industri hiburan selama 25 tahun?

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI