MAKHLUK SELUMBAR YANG MENGERIKAN DI SPLINTER (2008)

3
(1)

Wow! Selumbar hidup guys! Euww! Ngilu!! A very Underated Movie!

Well it’s really worth to watch okay! Tengok filem ni terasa macam badan pun kena cucuk-cucuk!!

Splinter (2008) adalah sebuah filem tentang parasit berduri yang berjangkit, tumbuh dalam badan manusia serta binatang dan seterusnya mengubah mereka menjadi seperti Zombie versi Landak yang berduri-duri!

Jalan cerita ini bermula dengan sepasang kekasih yang konon-kononnya hendak pergi berkhemah tetapi disebabkan khemah mereka rosak jadi mereka pun tukar rancangan duduk dan bercuti di motel.

Malang sungguh nasib mereka apabila dalam perjalanan menuju ke motel, di tengah-tengah jalan mereka telah ditahan dengan sepasang suami isteri yang dalam pelarian dan kemudian mereka dijadikan sebagai tebusan.

Setelah itu, pelbagai drama berlaku ketika dalam perjalanan sehinggalah mereka tiba di sebuah stesen minyak.

Maka bermulalah episod horror yang mengerikan, menakutkan yang bakal menimpa mereka disini.

Menarik! Sangat menarik! Penuh dengan babak intense dan menghiburkan sangat! “Pacing story” dia pun tidak dibuat dengan meleret-leret!

Babak-babak yang memaparkan “survival scenes” pun cukup mencemaskan! Bagaimana mereka dapat melepaskan diri dari cengkaman makhluk-makhluk selumbar itu??!

“Atmosphere” yang digarapkan ketika watak-watak dalam filem ini terperangkap untuk mengelak dari makhluk selumbar itu pun cukup mendebarkan! Apatahlagi ketika mereka ingat yang mereka akan selamat duduk dalam stesen minyak itu, sedangkan salah satu dari mereka telah mula dijangkiti.

Rating peribadi 7.5/10⭐⭐⭐

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 3 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI