Kisah Sedih Romantik Korea “A MOMENT TO REMEMBER 2004”

5
(3)

“APABILA MEMORI DAN INGATAN KITA TERPADAM SETIAP HARI”

9.5/10⭐⭐⭐⭐ berjuraian airmata sis tonton filem ini! Salah satu “FILEM TERBAIK ROMANTIK KOREA” yang boleh masuk jiwa sis sebab sis jenis kurang minat kisah-kisah romantik.

A Moment to Remember ialah sebuah filem Korea Selatan 2004 berdasarkan drama televisyen Jepun Pure Soul 2001. Ia dibintangi oleh Son Ye-jin dan Jung Woo-sung.

Seperti dalam filem ini, si suami tidak pernah meluahkan perasaan cintanya kepada si isteri hinggalah suatu hari isterinya mengalami penyakit Alzheimer (Sejenis penyakit otak yang mengakibatkan penurunan daya ingatan, kemampuan berfikir, berbicara serta perubahan perilaku secara bertahap), kemudian apabila si suami berulang kali meluahkan rasa cinta dia terhadap isterinya, namun isterinya tidak dapat mengingati apa-apa pun.

Setiap plot dalam filem ini juga akan banyak mempermainkan emosi kita. Banyak babak-babak gembira, romantik dan sedih tahap gaban sepanjang dari sebelum perkenalan mereka berdua ini sehinggalah akhir filemnya. Kisah dan perjalanan cerita dalam filem ini juga boleh dikaitkan dengan realiti kehidupan sebenar yang mungkin dan ada berlaku disekeliling kita.

Apa yang menjadikan filem ini lebih istimewa, lakonan Jung Woo Sung dan Son Ye Jin cukup sempurna! Keserasian mereka, omooo! Boleh membuatkan kita terbuai-buai di alam fantasi seketika.

PENGAJARAN

Hargailah dan kasihilah pasangan kita ibarat setiap hari yang kita lalui adalah hari² terakhir kita bersama mereka.

BERITA BAIK!! KINI ANDA BOLEH TONTON FILEM INI SECARA PERCUMA DI SALURAN YOUTUBE. TAIP SAHAJA TAJUKNYA PASTI JUMPA.

Filem ini telah dikeluarkan pada 5 November 2004 di Korea Selatan. Ia merupakan kejayaan besar di dalam negara, mengungguli box office selama dua minggu berturut-turut dengan kutipan tertinggi pada tahun 2004 dengan 2,565,078 kemasukan. Filem ini juga mendapat sambutan hangat di Jepun, memecahkan rekod filem Korea sebelumnya yang dikeluarkan di sana, ia adalah filem ke-19 dengan kutipan tertinggi di box office Jepun 2005.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI