KISAH PEMBALASAN DENDAM “LADY VENGEANCE (2005)”

4.7
(3)

Lady Vengeance mengisahkan tentang seorang wanita, Lee Geum-ja (Lee Young-ae) yang baru sahaja dibebaskan dari penjara setelah menjalani hukuman selama 13 tahun atas pembunuhan yang tidak dilakukannya. Namun dia terpaksa menanggung dan lalui hukuman tersebut dengan rela hati kerana diugut oleh si pelaku.

Setelah bebas dari penjara, Geum-ja mula membuat perancangan untuk membalas dendam terhadap pelaku sebenarnya yang dia telah rancang selama berada di penjara dengan bantuan rakan-rakan penjaranya.

Apa yang perlu anda ketahui sebelum menonton filem ini?

Untuk mendapat “feel” filem ini, anda semua dinasihatkan untuk TIDAK CEPAT MUDAH MERASA BOSAN pada permulaan cerita. Ini kerana pada babak-babak awal akan ada “flash-back” bagaimana dia masuk penjara, kehidupan dia dalam penjara, kisah bagaimana banduan-banduan lain masuk penjara yang kemudian menjadi sahabat baik kepada Geum-ja, semua ini akan berkait rapat dengan apa yang bakal dia rancang selepas 13 tahun setelah dia dibebaskan nanti. Sedikit demi sedikit kita akan diberi kejutan hingga ke akhir filem ini. Bagi sis, semua perancangan dan aksi balas dendam Geum-ja memang MASTERPIECE DAN EPIC walaupun ia dikisahkan dalam keadaan yang agak bermelodrama dan penuh sentimental. Tapi itulah yang dinamakan KEINDAHAN PEMBALASAN DENDAM yang cuba ditampilkan dalam filem ini.

Dan bagi yang belum tahu, ini adalah TRILOGI terakhir dari filem “OLDBOY” dan “SYMPATHY FOR MR VENGEANCE” namun mempunyai kisah yang berbeza. Semua juga bergenre “intense, dark dan thriller” dari pengarah yang sama.

AWAS! REVIEW INI MUNGKIN MENGANDUNGI SPOILER

Siapakah sasaran Geum-ja untuk sesi pembalasan dendamnya? Sudah semestinya MR BAEK (Pelakon “Oldboy”, Min-sik Choi), bekas guru sekolah Geum-ja yang bertopengkan IBLIS!

Pada usia 19 tahun, Geum-ja yang masih mentah dan naif terpaksa akur dengan ugutan bekas gurunya itu apabila bayi perempuan Geum-ja dijadikan tebusan sebagai ganti Geum-ja perlu mengakui pembunuh kanak-kanak yang dilakukan oleh bekas gurunya sebelum itu.

PROFIL MR BAEK SI IBLIS PEMBUNUH KANAK-KANAK

Mr Baek membunuh untuk suka-suka. Dia akan pilih kanak-kanak yang dia akan bunuh, setelah dibunuh dia akan pindah ke sekolah lain dan mula membunuh lagi dan pindah lagi ke sekolah lain, dan begitulah seterusnya.

CARA PEMBALASAN DENDAM GEUM-JA

Geum-ja mengumpulkan kesemua Ibubapa/penjaga kepada kanak-kanak yang telah dibunuh. Video cara pembunuhan anak-anak mereka ditayangkan disebuah bilik. Kemudian mereka diberi pilihan untuk menyerahkan Mr Baek kepada Geum-ja ataupun mereka sendiri melakukan pembalasan dendam tersebut. Akhirnya semua bersepakat dan mereka satu persatu ikut giliran menyiksa Mr Baek perlahan-lahan sehingga Mr Baek pun mati ditangan Ibubapa dari mangsa terakhir.

BERITA BAIK! KINI ANDA BOLEH TONTON FILEM INI SECARA PERCUMA DI SALURAN YOUTUBE. TAIP SAHAJA “LADY VENGEANCE FULL MOVIE”.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.7 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI