“Padam Sekarang Sebelum Terlambat” – Syamsul Yusof Beri Amaran

5
(1)

“Padam sekarang sebelum terlambat,” kata pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof terhadap segelintir pengguna media sosial yang memuat naik klip filem terbabit secara haram ketika menonton di pawagam..

Syamsul berkata, pengguna media sosial diingatkan untuk tidak memuat naik sebarang klip atau visual filem melebihi lima saat jika tidak mahu berdepan dengan tindakan undang-undang..

“Kepada pengguna TikTok atau mana-mana platform media sosial lain sila hati-hati. Tidak dibenarkan memuat naik visual atau klip daripada filem melebihi lima saat.

“Pihak penerbit berhak saman anda dan tindakan mahkamah boleh dikenakan. Saya tidak mahu kes saman filem Munafik 2 dulu berulang lagi, sehingga kedua-dua orang tua menangis dan memohon maaf atas perbuatan tidak bertanggungjawab anak mereka.

“Maaf saya terpaksa ambil juga tindakan mahkamah dulu. Akhirnya diisytihar muflis dan nama disenarai hitam kerana saman gagal dibayar. Tindakan (memuat naik) sangat tidak berbaloi. Tolong ambil maklum dan jangan susahkan diri sendiri. Ini kesalahan berat,”

Menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram, Syamsul mendedahkan kesalahan seorang pengguna TikTok yang memuat naik klip filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan secara haram dan meraih ribuan tontonan.

Dalam pada itu, salah seorang pelakon filem terbabit, Beto Kusyairy dalam perkongsiannya di Facebook turut meluahkan kekecewaannya terhadap segelintir pengguna media sosial yang seolah-olah tidak bersalah apabila memuat naik klip video filem itu..

“Janganlah rakam babak-babak dalam filem Mat Kilau. Sebelum mulakan dah pesan dilarang segala aktiviti rakaman.

“Ini rakam siap masuk TikTok pula babak-babak klimaks. Kemudian tiada rasa bersalah pula ‘tag’ saya. Selamba bagi bahan bukti. Nanti diambil tindakan tak ke naya,”

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang sebelum ini ‘diperam’ seketika tayangannya selama dua tahun akibat penularan Covid-19 dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Ellie Suriaty Omar, Farah Ahmad dan pelakon aksi terkenal Indonesia bertaraf Hollywood, Yayan Ruhian.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!