KISAH SERAM THAI (UNSEEABLE 2006)

5
(3)

Sebuah filem Klasik Seram Thai yang WAJIB ditonton!

Jika anda peminat filem Seram, Thriller dan Penuh Misteri, maka anda wajib tonton filem ini. Filem ini boleh dikategorikan sebagai salah satu filem SERAM TERBAIK THAI seperti juga Nang Nak, Shutter, Phobia dan beberapa lagi filem lain. Filem ini juga pernah menang anugerah pada 2007 untuk NETPAC AWARD di Golden Horses Film Festival.

AMARAN UNTUK PESAKIT JANTUNG! Ada beberapa babak “Jumpscares” sepanjang filem ini.

“UNSEEABLE atau YANG TIDAK TERLIHAT”

Berlatarbelakangkan suasana tahun 80an dan music SERAM DINGIN yang dimainkan dalam filem ini, fuhh!! Benar-benar menambahkan suasana yang menyeramkan dan memcengkam! Min layan filem ini di “handphone”, kemudian pasang “earphone”, bilik bagi suram, gelap. “CREEPY AND CHILLING guys!”

Si janda kaya yang penuh misteri

Baik, apa yang anda perlu tahu permulaan filem ini agak perlahan ya namun ia langsung tidak membosankan malah menjentik perasaan ingin tahu hingga ke akhir kisahnya. Sebuah kisah yang sangat indah, menarik namun cukup menyayatkan hati dan menyeramkan! Boleh buat otak kita bergeliga seketika memikirkan plot dan twist yang digarap dengan begitu kuat sekali! Sungguh tak sangka!! Ya ampun begitu rupanya!

Jom kita telusuri sedikit kisahnya ya guys!

Seorang gadis yang sangat naif (Nualjin) yang sedang hamil dari kampung yang terpencil telah pergi ke Bangkok untuk mencari suaminya yang telah lama menghilang dan tidak pernah kembali. Dalam perjalanannya menuju Bangkok Nualjin menumpang di sebuah rumah milik janda kaya yang bernama Ranjuan.

 

Namun setiba dirumah itu, Nualjin disambut dengan sikap yang dingin oleh pembantu rumah bernama Choy. Choy memberitahu Nualjin sepanjang dia menumpang di rumah itu ada beberapa pantang larang yang dia wajib patuhi. Namun kerana rasa ingin tahu membuak-buak Nualjin, dia abaikan pantang larang tersebut. Maka bermulalah babak-babak yang mengerikan menimpa Nualjin satu persatu sehingga membuatkan Nualjin hampir hilang akal!

Apakah kesudahan kisah filem ini dan dapatkah Nualjin menemukan suaminya itu dan kembali hidup bahagia seperti sebelumnya? Anda perlu saksikan sendiri ya!

Babak akhir filem ini cukup menyedihkan dan menyayat hati. PENGAKHIRAN YANG TIDAK DIJANGKA LANGSUNG. Hebat sungguh “Twist” yang diberikan. Bagi min, walaupun filem ini telah berkali min tonton dan kini tonton lagi pada 2021, ia tetap memberikan impak dan ia sebuah filem yang tidak mudah untuk dilupakan. Jalan cerita yang cukup unik. Sayangnya kini, kebanyakan filem-filem seram Thai tidak seperti dulu lagi. Jangan kata Thailand , Indonesia dan Malaysia sendiri pun telah lama tidak menghasilkan karya-karya yang boleh meninggalkan kesan dalam jiwa dan ingatan kita terutamanya kepada peminat-peminat filem seram.

Jom layan trailernya!

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI