HINDI HORROR SUPERNATURAL (THE WIFE 2021)

4.6
(9)

Sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dan berpindah ke apartment baru terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila diganggu oleh ROH yang sangat marah di dalam apartmen mereka.

THE WIFE (2021), sebuah filem dari India bergenre “Horror Supernatural” memfokuskan kepada pasangan Varun (Gurmeet Chaudhary) dan isterinya Arya (Sayani Datta) yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dan berpindah ke apartment baru di kota.

Namun kebahagiaan dan ketenangan pasangan ini mula goyah apabila Arya mula diganggu dan dihantui oleh ROH yang sangat marah setiap kali ketiadaan Varun di rumah. Hari demi hari gangguan itu disertai dengan penampakan yang kurang jelas dari roh itu telah membuatkan Arya semakin depresi.

Arya memberitahu Varun tentang gangguan itu namun Varun tidak mempercayainya dan menganggap Arya hanya berhalusinasi. Sehinggalah suatu hari ketika pembantu rumahnya yang membawa bayinya sekali sedang mengemas rumah Varun dan Arya, roh tersebut muncul semula dan membunuh bayi pembantu rumah tersebut.

Walaupun demikian, Varun malah mengganggap kejadian itu adalah disebabkan kecuaian pembantu rumah tersebut. Arya yang sudah tidak dapat bertolak ansur dengan Varun kemudian meminta bantuan seorang pakar penghalau syaitan, Raima Das (Swheeta Dadich) untuk memeriksa keadaan rumah mereka.

Ternyata Raima dapat mengesan kehadiran ROH yang sedang dalam keadaan marah dan berdendam dengan seseorang yang telah lama berada di rumah itu.

Apa yang mengejutkan, ROH itu telah lama mengikuti Varun. Namun setelah Varun berkahwin dengan Arya, ROH tersebut semakin berang dan tidak suka kehadiran Arya. Itu menjelaskan mengapa Arya yang sering diganggu oleh ROH itu.

Setelah diberitahu oleh Raima kepada Varun yang mereka dalam keadaan bahaya, Raima malah dihalau dari apartment mereka kerana Varun masih tidak mempercayainya.

Sehinggalah Varun sendiri yang mengalami gangguan tersebut dan dirasuk oleh ROH JAHAT tersebut. Maka bermulalah kemuncak filem ini dimana kita akan disajikan dengan sebuah kisah di dunia lain, dunia silam Varun ketika dia masih remaja.

Apa kaitannya Varun dengan ROH tersebut dan dapatkah Arya mempertahankan rumahtangga mereka? Anda perlu saksikan sendiri filem ini.

Review Ringkas

THE WIFE mungkin bukan sebuah kisah yang boleh menakutkan kita sehingga tahap anda tidak berani ke bilik air sendiri kerana ia bukan cerita hantu yang beri anda suasana “JUMPSCARE” murahan. Jalan ceritanya juga digabungkan dengan amalan sihir yang ada hubung kait dengan ROH tersebut. Permulaan awal plot filem ini juga berjalan agak perlahan, namun ia masih menarik untuk ditonton kerana ia lebih fokus kepada naik dan turunnya hubungan cinta antara Varun dan Arya sehinggalah masuk ke bahagian klimaks dan sedikit demi sedikit ia berjaya memberikan kita beberapa kejutan. Sis beri 7/10⭐⭐⭐

Filem ini anda boleh tonton secara streaming di aplikasi ZEE5 atau “Goggle Search” sahaja.

Jom berhibur dengan trailernya

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.6 / 5. KIRAAN BINTANG 9

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI