Amanda Nell Eu Pengarah Tiger Stripes

1
(3)

Filem Tiger Stripes arahan Amanda Nell Eu menjadi filem pertama negara yang memenangi hadiah untuk filem terbaik pada minggu pengkritik Cannes 2023.

 

Filem ini dipilih sebagai penyertaan rasmi negara ke Anugerah Akademi dan telah menerima pujian oleh menteri.

Kini filem itu menjadi perbualan hangat warga Malaysia apabila ditayangkan di platform streaming terkenal Netflix.

 

Mari kita kenali siapa pengarah filem ini dan apa sebenarnya yang hendak disampaikan olehnya melalui filem yang sangat ‘berani’ ini.

Amanda Nell Eu merupakan anak kepada Datuk Anne Eu, pengerusi Eu Yan Sang Malaysia dan ahli lembaga pengarah Berjaya Corp Bhd (BCorp)

 

Amanda dibesarkan di Malaysia, tetapi berpindah ke UK pada usia 11 tahun dan bersekolah di sekolah berasrama penuh di High Wycombe, di Buckinghamshire, sebelum belajar di Central Saint Martins dan London Film School.

Semasa kecil ibunya sering mendedahkannya dengan dongeng hantu rakyat. Terdapat kisah Pontianak, seorang wanita cantik yang tinggal di pokok pisang, yang, jika anda dekat, akan menyerang atau memakan anda, menurut Amanda.

 

Dia kemudian memutuskan untuk membuat cerita tentang seorang gadis yang melalui akil baligh, dan berubah menjadi raksasa, kerana ini adalah bagaimana dia merasakan dirinya dilihat atau bagaimana dia melihat dirinya sendiri, katanya.

 

“Saya benar-benar membenci perubahan tubuh badan saya. Saya juga tidak suka orang ramai mengulas tentang perubahan yang berlaku.”

Sewaktu proses menghasilkan filem itu, Amanda mengadakan bengkel dengan gadis remaja, di mana mereka membincangkan isu seperti imej diri dan buli.

 

Dia mengadakan sesi Soal Jawab anonymous bersama dengan tenaga pengajar berkaitan pendidikan seks. Isu yang sama timbul iaitu berasa malu dengan perubahan badan mereka, bimbang tentang lelaki ataupun seks.

 

(Kredit temubual – TheGuardian)

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 1 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI