10 Filem Yang Bakal Ditayangkan Pada Tahun 2024

0
(0)

1. The Beekeeper (Januari)

Sebuah filem aksi yang bakal ditayangkan pada Januari ini. Tayangan pertama di Amerika Syarikat bakal ditayangkan pada 12 Januari ini. The Beekeeper dibintangi oleh pelakon aksi terkenal iaitu Jason Statham.

2. Land Of Bad (Febuari)

Sebuah lagi filem aksi yang bakal ditayangkan di pawagam iaitu Land Of Bad. Filem ini mengisahkan 2 tentera udara yang perlu menjadi pasukan sokongan dalam misi menyelamat yang sudah gagal.

3. Lisa Frankenstein (Febuari)

Sebuah filem bergenre horor komedi yang bakal menemui penonton pada bulan Febuari. Filem ini menampilkan 2 pelakon muda iaitu Kathryn Newton dan Cole Sprouse.

4. Madamme Web (Febuari)

Madamme Web mengisahkan Cassandra Web yang bekerja sebagai Paramedik telah mengalami kemalangan ketika bertugas. Disebabkan kemalangan tersebut nyawanya hampir terkorban. Selepas kejadian itu kehidupan Cassandra berubah setelah mendapat kuasa dan dia telah bertemu 3 lagi wanita muda yang mempunyai kuasa yang sama sepertinya.

5. Imaginary (Mac)

Sebuah filem horor yang melibatkan seekor patung mainan kanak-kanak berbentuk beruang. Alice baru sahaja berpindah bersama ibu dan kakaknya. Alice menjumpai sebuah patung beruang di tingkat bawah tanah rumah itu. Patung tersebut adalah mainan lama ibunya sebelum berpindah. Alice sentiasa berbual dan bermain dengan patung tersebut. Semakin lama Alice meluangkan masa berasama patung tersebut, perbuatan dan perangai Alice semakin pelik dan sering melakukan perkara-perkara yang berbahaya.

6. Mickey 17 (Mac)

Filem Mickey 17 merupakan sebuah filem sains fiksyen dimana filem ini menampilkan Robert Pattinson, Mark Ruffalo,Naomi Ackie dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Bong Joon Ho.

7. If (Mei)

If: The World Imaginary Friends adalah menceritakan kisah seorang kanak-kanak yang tiba-tiba sahaja mempunyai kebolehan untuk melihat kawan imaginasi setiap orang. Disebabkan kebolehannya ini, setiap makhluk imaginasi ini meminta bantuan darinya agar mereka semua tidak hilang dan tidak akan dilupakan oleh rakan manusia mereka.

8. The Fall Guy (Mei)

Kehidupan seorang pelakon lagak ngeri Colt berubah selepas dia menemui mayatseorang pelakon terkenal telah mati disebuah bilik hotel. Colt terpaksa menggantikan watak pelakon tersebut. Bukan itu sahaja Colt juga telah diburu sepasukan penjahat untuk membunuhnya.

9. Kraven The Hunter (Ogos)

Kraven adalah salah satu watak antogonis dalam salah satu komik Amazing Spiderman. Dikatakan ada Ogos tahun ini Kraven The Hunter bakal menemui penonton di pawagam. Filem ini menampilkan Aaron Taylor sebagai pelakon utama.

10. Joker: Folie à Deux (Oktober)

Doktor Quinzel lakonan Lady Gaga telah menjadi doktor psikitri untuk Arthur, akan tetapi dalam proses melakukan tugasnya semakin lama doktor Quinzel mencintai Arthur hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk Arthur walaupun melibat nyawa dan jenayah. Doktor Quinzel juga akan menjadi ancaman terbesar di Gotham City.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI