ALRAWABI SCHOOL FOR GIRLS – 2021

5
(2)

ALRAWABI SCHOOL FOR GIRLS

ALRAWABI SCHOOL FOR GIRLS adalah mengisahkan tentang seorang pelajar yang bernama Mariam yang bersekolah di sebuah sekolah perempuan yang di panggil “AlRawabi school girl” telah menjadi mangsa buli oleh tiga orang pelajar perempuan popular dari sekolah yang sama iaitu Layan, Rania, dan Ruqayyah.

Semasa semua pelajar sedang menukar baju dibilik persalinan , Mariam telah dituduh oleh Layan dimana Mariam telah menyentuh dada Layan. Mariam telah dilayan dengan lebih buruk selepas kejadian dia memberitahu pengetua sekolah tersebut dimana Layan telah ponteng sekolah kerana hanya mahu berjumpa dengan kekasihnya.

Layan, Rania, dan Ruqayyah telah memukul Mariam sehingga dia telah mengalami kecederaan yang teruk. Semasa di soal siasat, Layan telah menuduh Mariam dengan perbuatan yang dia tidak lakukan semasa di bilik persalinan. Dina rakan baik Mariam cuba membantu Mariam, malangnya dia tidak ada ditempat kejadian. Persahabatan antara Dina dan Mariam menjadi buruk. Ibu bapa Mariam juga tidak mempercayainya.

Sejak itu Mariam nekad berubah dan dia merancang untuk membalas dendam ke atas ketiga-tiga pelajar tersebut. Bukan itu sahaja pengetua sekolah tersebut juga bakal menerima nasib sendiri apabila dia sering melindungi perbuatan Layan dari pengetahuan ibu bapanya.

Dalam rancangan balas dendam Mariam telah bekerjasama dengan seorang pelajar baru Noaf. Noaf bersetuju membantu Mariam setelah adiknya dibuli oleh Layan dan rakan-rakannya. Dalam menjalankan misi mereka Dina telah dilayan teruk oleh Layan dan rakan-rakannya. Mariam dan Dina menjadi baik semula.

Mariam, Noaf, dan Dina bekerjasama. Mangsa pertama mereka adalah Ruqayyah. Perjalanan perancangan mereka berjalan ketika malam hari terbuka sekolah mereka. Akibat dari rancangan mereka telah berjaya malam tersebut, kehidupan Ruqayyah telah musnah dalam satu malam sahaja.

Tetapi betulkah tidakkan Mariam untuk membalas dendam? Apakah tindakkan Mariam dapat memudnahkan kehidupan orang lain? Apakah nasib bakal diterima oleh Layan dan juga Rania? Anda boleh menonton AlRawabi school for girls di Netflix

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI