Sekuel Filem-Filem Seram Ini Akan Ditayangkan Pada Tahun 2024, Nantikan!

0
(0)

Filem seram memang dinanti-nantikan oleh para peminat filem setiap tahun. Memasuki tahun 2024, beberapa buah filem seram bakal dihidangkan untuk anda! 

 

Selain filem seram dengan kisah yang segar, nampaknya beberapa buah sekuel filem seram juga bakal memeriahkan tahun 2024. Berikut ini adalah 7 sekuel filem seram yang bakal menemui anda pada tahun ini! 

 

  1. A Quiet Place: Day One

A Quiet Place merupakan salah satu francais filem seram yang meraih kejayaan besar. Kini, francais filem ini sudah memasuki filem ketiga. Filem ketiga yang bertajuk A Quiet Place: Day One bakal ditayangkan pada 8 Mac 2024.

 

A Quiet Place: Day One akan fokus kepada keadaan dunia sebelum masa apokalip tiba. Penonton akan dibawa ke perjalanan sebelum makhluk yang sensitif dengan suara datang mengancam umat manusia.

2. Return to Silent Hill

Selepas lebih 1 dekad, kisah seram berkaitan dengan semesta Silent Hill akhirnya kembali lagi. Return to Silent Hill akan menyoroti perjalanan James (Jeremy Irvine) kembali ke bandar lama selepas mendapat surat misteri. Merancang untuk menemui cinta lama, James perlu berurusan dengan perubahan bandar dan ancaman makhluk yang membuatnya hampir hilang akal.

3. Beetlejuice 2

Filem pertama Beetlejuice ditayangkan pada tahun 1988. Kisah hantu yang membantu manusia membanteras makhluk jahat ini sangat disukai penonton. Beetlejuice 2 tampil dengan jarak 36 tahun selepas filem pertama.

 

Tim Burton masih mengarah filem ini dan Jenna Ortega yang sedang meniti populariti kini membintangi sekuel filem ini. Filem kedua pelakon ini masih membawa genre komedi dan watak Beetlejuice (Michael Keaton) akan tetap menjadi hantu yang bertugas menakutkan sesama hantu lain supaya tidak mengganggu manusia.

4. Smile 2

Sewaktu ditayangkan tahun lalu, Smile meraih kejayaan besar untuk filem seram dengan nafas baru. Kejayaan tersebut akhirnya melahirkan Smile 2 yang bakal ditayangkan pada 18 Oktober 2024. Selepas filem pertama mengangkat kisah trauma seorang pakar psikiatri, cerita Smile 2 masih menjadi misteri. Skala filem jelas lebih besar kerana pelakon terkenal Naomi Scott turut terlibat dalam sekuel ini.

5. Terrifier 3

Terrifier masih relevan dan kini menghasilkan filem ketiga hasil kekuatan Art of the Clown. Filem pertama francais ini menampilkan ancaman Art of the Clown terhadap tiga orang gadis. Untuk filem kedua, Art of the Clown menambah mangsanya dengan mengganggu kanak-kanak. Jalan cerita Terrifier 3 masih dirahsiakan hingga kini. 

 

  1. MaXXXine

Ti West akan melengkapkan trilogi yang dimulakan dengan X dan seterusnya Pearl. Mia Goth akan kembali membawa watak utama dalam filem MaXXXine yang menjadi pelengkap trilogi ini. Jalan cerita filem ketiga merupakan lanjutan dari X sewaktu Maxine masih bercita-cinta untuk memasuki dunia lakonan tetapi perlu menghadapi gangguan dalam filem amaturnya.

7. Winnie-the-Pooh: Blood and Honey 2

Versi gelap dan suram Winnie the Pooh ini sangat menarik perhatian hingga tampil dalam dua filem. Selepas filem pertama tayang pada tahun 2023, Winnie-the-Pooh: Blood and Honey 2 akan ditayangkan pada tahun 2024 ini. Pooh dan Piglet akan meneruskan gangguan dan ancaman selepas dilumpuhkan oleh Christopher Robin sejak filem pertama.

 

Para peminat filem seram kini boleh mempersiapkan rancangan untuk menonton filem-filem seram ini nanti. Dengan adanya sekuel, jelas sekali bahawa para penonton sudah terikat dengan filem-filem ini sejak dari awal. Nantikan ya! 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI