Gerakan Boikot Filem Horror Islamik

0
(0)

Sebuah hantaran yang bertujuan untuk mengajak orang ramai boikot filem -filem bertemakan horror Islamik telah tular dia platform media sosial di Indonesia.

 

Ini berikutan daripada lambakan filem-filem terbaru yang kerap menggunakan elemen Agama Islam untuk mempromosikan filem.

 

Antara filem yang terlibat adalah filem Kiblat yang memaparkan poster wanita lengkap bertelekung yang sedang rukuk solat dalam keadaan badannya bengkok terbalik.

 

 

Baca kandungan penuh hantaran tersebut di bawah.

 

“Jika kita bersatu untuk BOIKOT, maka terselamatlah masa depan anak cucu kita dan dosa mereka tidak akan mengalir sepantas mana kita mengambil berat untuk menghentikan semua ini.

 

Ini adalah kerana melalui 5F mereka menghancurkan iman kita. Food, Fashion, Fun, Finance & Film. Segala-galanya dalam konteks, “semakin ke sini, semakin ke sana”, termasuklah filem semasa.

 

 

Kalau dulu yang dijual ialah filem seram berbalut unsur seksual, makin lama filem seram pula dibungkus dengan pemakaian agama. Yang lucunya, Islam sentiasa menjadi sasaran mudah ‘mereka’.

 

Inilah yang mesti segera kita hentikan dengan tindakan sebenar. Jangan biarkan kejahilan kita membawa akibat buruk kepada anak cucu kita yang akan terdedah pada masanya.

 

 

Kandungan yang mengelirukan akan semakin mengelirukan kita dan akhirnya mengelirukan orang lain. Di situlah kemusnahan akan terus berlaku dan menjadi penetapan matlamat mereka.

 

Semoga Allah melindungi keluarga kita dari sebarang pengaruh buruk, dan semoga Allah segera menunjukkan KebesaranNya dengan membinasakan orang yang berniat menghancurkan Islam & melemahkan umatnya”.

 

 

*Sumber – IG : amal jamaludin

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI