PENGABDI SETAN/ SATAN’S SLAVE 2017

0
(0)

PENGABDI SETAN/ SATAN’S SLAVE

Release Date: September 2017

Genre: Horror

Pengabdi setan atau Satan’s Slave adalah sebuah filem remake dari filem yang telah ditayangkan pada tahun 80-an dengan tajuk yang sama. Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang telah diganggu makhluk halus.

Rini yang tinggal disebuah rumah di sebuah kampung. Dia tinggal bersama ibunya yang sakit, ayahnya, dan tiga adiknya iaitu Tony, Bondi, dan Ian. Disebabkan ibunya yang sakit sehingga tidak dapat bergerak, ibunya akan memanggil mereka dengan cara membunyikan lonceng.

Keluarga tersebut mengalami masalah kewangan apabila ibu mereka jatuh sakit. Mereka memerlukan wang untuk merawat ibu mereka. Malangnya mereka tidak sempat membantu ibu mereka kerana ibu mereka telah meninggal.

Kematian ibu Rini telah menjadi titik tolak kisah seram di dalam hidup mereka kerana setiap malam mereka akan terganggu dengan bunyi lonceng dari bilik ibu mereka dan penampakan susuk ibu mereka.

Walaupun ibunya baru meninggal bapa mereka terpaksa bekerja keluar bandar dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya sendirian.

Nenek mereka yang berkerusi roda datang kerumah setelah kematian ibu Rini telah dijumpai jatuh kedalam perigi oleh Bondi. Semasa Rini mengemas bilik neneknya dia menjumpai sepucuk surat. Rini pergi ke alamat surat tersebut.

Rini telah menjumpai rakan neneknya. Seorang lelaki, disitu dia mengetahui kebenaran dimana perkahwinan ibu bapa mereka tidak direstui oleh neneknya. Nenek mereka berpendapat bahawa anaknya meminta bantuan syaitan untuk mendapatkan anak. Rakan nenek Rini meminta Rini membaca buku hasil tulisannya. Keadaan kesihatan Bondi semakin teruk dan kelakuannya juga berubah setelah menemui neneknya.

Keesokan pagi, Rini memasang piring musik dia mendengar sesuatu yang pelik dari piring musik tersebut. Ianya berbunyi seperti ada suara orang melakukan jampi sarapah. Di sebabkan tidak percaya dia tidak menghiraukn perihal tersebut dan pergi kebilik Bondi dan Ian. Dia melihat Ian tiada dibilik. Rini panik mencari Ian rupa-rupanya Ian tidur di dalam sebuah kotak yang berada diluar rumah kerana ketakutan disebabkan dia telah diganggu.

Tony menjumpai buku pemberian rakan neneknya. Dia membacanya, Tony memberitahu kepada Rini bahawa ada kumpulan yang meyembah syaitan hanya untuk mendapatkan anak. Tetapi bukan semua anak tetapi hanya anak terakhir yang berusia 7 tahun akan diambil oleh mayat hidup. Tetapi Rini tidak mempercayai apa yang Tony beritahu akan tetapi untuk beberapa hari lagi adalah hari jadi Ian iaitu adik bongsu mereka.

Rini telah memanggil ustaz untuk melihat rumah mereka kerana mereka sering diganggu. Rini dan Tony dinasihatkan solat dengan Khusuyk supaya syaitan takut untuk mengganggu mereka. Malam itu semasa Rini solat dia diganggu oleh entiti yang menakutkan yang menyerupai ibunya. Disebabkan itu mereka 4 beradik lari pergi kerumah ustaz yang membantu mereka.

Keesokan hari, rakan rini cuba membantu Rini iaitu anak kepada ustaz telah mati kemalangan selepas pulang dari berjump dengan rakan kepada nenek Rini.

Malam itu selepas bapanya pulang , dia menyuruh mereka berkemas untuk pindah dari rumah tersebut. Semasa Tony menemani Ian membuang air, Ian ditarik masuk kedalam perigi dan Tony yang diluar bilik air terkejut memamanggil Ian setelah pintu tiba-tiba tertutup. Nasib menyebelahi mereka setalah bapanya dapat menyelamatkan Ian. Mereka melihat diluar rumah mereka terdapat ramai orang yang tidak dikenali berada di sekeliling rumah mereka

Dapatkah mereka menyelamatkan Ian? Dapatkah mereka melepaskan diri dari kesemua kejadian aneh yang berlaku?

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI