TRAILER, REVIEW ZOMBIE KOREA 2022 “ALL OF US ARE DEAD”

5
(4)

All of Us Are Dead” adalah sebuah drama Korea yang berdasarkan Webtoon popular webtoon yang diterbitkan pada 2009 – 2011 oleh Joo Dong-geun.

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah menengah yang terperangkap di sekolah mereka semasa wabak virus Zombie tersebar.

Mereka semua perlu mencari jalan keluar untuk mengelak daripada menjadi zombie dan melarikan diri dari sekolah mereka yang telah dikerumuni oleh Zombie-zombie yang sedang kelaparan dan kehausan darah!

Barisan Pelakon Utama adalah Park Solomon, Park Ji-hoo, Yoon Chan-young, Yoo In-soo, Jo Yi-hyun, Shin Jae-hwi, Kim Byung-chul dan Bae Hae-sun.

Memang best! Gempak macam Train to Busan dah! Setelah virus tersebar dari sekolah kini ia mula merebak ke seluruh bandar!

Serius anda semua kena layan siri ini, sebab dah keluar semua 12 episod penuh dan boleh MARATHON sampai lebam mata okay!

Apa yang paling sis suka, kisah ini tidak hanya mengfokuskan tentang virus dan Zombie sahaja, tetapi plot dia disusun dengan kemas dari segi penyampaian cerita dan karakter-karakternya.

Sedikit demi sedikit bagaimana virus ini mula tersebar; kenapa ia disebarkan; oleh siapa kepada siapa; kisah pengkhianatan serta persahabatan; politik sekolah; isu buli; sistem pendidikan yang korup; kasih sayang seorang bapa kepada anaknya, part ini paling sedih! Dan akhirnya semestinya yang masih bertahan, perlu terus berjuang untuk hidup!

Rating sis 9/10⭐⭐⭐⭐

Kini anda boleh tonton secara streaming melalui saluran Netflix dengan 12 episod penuh! Boleh maraton guys!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI